Home > Bahasa Melayu
Menteri HEU Terima Kunjungan Hormat
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari bersama Dr. Abdulla Said Khalfan Al Mamari, wakil kepada Penasihat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Awqaf dan Hal Ehwal Ugama, Kesultanan Oman dalam rangka mengadakan Pameran 'Tolerance, Understanding, Coexistence: Oman’s Message Of Islam' di Negara Brunei Darussalam. |FOTO : PELITA BRUNEI (Kementerian Hal Ehwal Ugama)
December 6th, 2016 | 10:41 AM | 872 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, pada 1 Disember 2016 lalu telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari bersama Dr. Abdulla Said Khalfan Al Mamari selaku wakil kepada Penasihat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Awqaf dan Hal Ehwal Ugama, Kesultanan Oman dalam rangka mengadakan Pameran "Tolerance, Understanding, Coexistence: Oman's Message Of Islam" di Negara Brunei Darussalam.
Majlis Kunjungan Hormat tersebut berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.
Hadir sama di majlis kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharajalela Haji Yussof, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran Dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah.
Kunjungan hormat antara lain bertujuan untuk menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih dari Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Ugama Kesultanan Oman dan penganjur Tolerance, Understanding, Coexistence: Oman's Message Of Islam" di atas kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dalam menjayakan Pameran berkenaan di Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak turut berharap bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada dan bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama seperti pendidikan ugama dan hal ehwal Islam.
Pameran "Tolerance, Understanding, Coexistence: Oman's Message Of Islam" dI Negara Brunei Darussalam diadakan selama tiga hari bermula 29 November hingga 01 Disember 2016 lepas bertempat di Auditorium, Art Centre, Jerudong International School (JIS), Negara Brunei Darussalam.
Sepanjang pameran diadakan beberapa acara utama telah diadakan iaitu Sesi Pembentangan Ceramah oleh Dr. Abdulla Said Khalfan Al Ma'mari, serta dua persembahan kebudayaan Oman iaitu Pertunjukan Sand Art dari karyawan seniwati Oman dan Persembahan Nasheed dari vokalis Oman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by BruDirect.com
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]