Home > Bahasa Melayu
Pujian Bagi Kekasih Allah melalui Majlis Dikir
HADIR Menyertai rombongan JPM pada Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Hamdan bin Haji Abu Bakar; dan Setiausaha Tetap di JPM (Korporat dan Pentadbiran Awam), Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris serta pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. |FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )
December 6th, 2016 | 10:39 AM | 1167 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 5 Disember. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan dibawahnya meneruskan Majlis Dikir Syarafil Anam ke Jame' ' Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong di sini.
Menyertai rombongan JPM itu ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Juga hadir, Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap di JPM (Korporat dan Pentadbiran Awam), Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris dan pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan dibawahnya.
ANTARA Pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya semasa menyertai rombongan JPM pada Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Sejurus selesai Solat Fardhu Magrib berjemaah, majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Surah Al-Fatihah oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat yang juga membacakan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan.
Sementara Doa Dikir pula dibacakan oleh Mudim Awang Haji Suhaili bin Haji Kalong.
Majlis berkebajikan itu juga disemarakkan dengan kumpulan Dikir daripada Ahli Takmir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Melalui majlis bersempena hari kelahiran junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menambahkan lagi rasa sayang kita dengan pujian kekasih Allah sepanjang 12 malam sehingga menjelang 12 Rabiulawal ini nanti.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]