FacebookInstagramTwitterContact

 

Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>           Blood Donation Campaign           >>           David Beckham Celebrates Wife Victoria Beckham’s Birthday With Never-Before-Seen Family Footage           >>           Jessica Simpson Reveals How Becoming A Mom Gave Her Body Confidence           >>           Exotic 'Einstein Ring' Suggests That Mysterious Dark Matter Interacts With Itself           >>           Sony debuts Bravia Theater line of Dolby Atmos soundbars and speakers           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


900 Peserta Sertai Program 3S: Solat, Subuh, Sihat


SESI bergambar bersama Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd. Salleh.

 


 December 5th, 2016  |  10:25 AM  |   1760 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 4 Disember. - Lebih 900 peserta menyertai Program 3S: Solat, Subuh, Sihat iaitu Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Walkaton yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Belia Masjid Ash-Shaliheen dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ash-Shaliheen serta penduduk Mukim Kianggeh.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyertai Walkaton ialah Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd. Mohd Salleh.

 

Program yang bermula pada jam 4.30 pagi itu dimulai dengan menunaikan Solat Subuh berjemaah dan diteruskan dengan kuliah Subuh oleh Ustaz Hilman Bin Haji Salim.

 

Selain itu, sesi senaman aerobik juga diadakan yang diketuai oleh Belia dan Beliawanis Masjid Ash-Shaliheen.

 

Program seumpama ini adalah program yang pertama kali diungkayahkan oleh Belia Masjid Ash-Shaliheen berbanding dengan program-program yang sebelumnya.

 

Kempen ini diketuai oleh belia dan beliawanis Masjid Ash-Shaliheen, Awang Rahim Bin Suany dan Dk. Nur Hidayatul Hafiyyah binti Dato Paduka Pengiran Haji Othman.

 

Kempen antara lain dihasrat bagi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mencapai hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

 

Antara objektif kempen ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman akan kehebatan solat Subuh berjemaah dan kelebihannya untuk mencapai kegemilangan Negara Zikir di samping untuk menjadikan masjid sebagai wadah untuk memupuk minat masyarakat terhadap pengetahuan ilmu Islam.

 

Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama masyarakat umum serta memberi kesedaran akan kepentingan menjadi warga yang prihatin akan kesihatan dan kebersamaan sesama.

 

Jawatankuasa Program 3S ingin berterima kasih kepada sumbangan ikhlas daripada badan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang telah membantu menjayakan kempen ini dan semoga Allah memberkati dan membalas mereka dengan sebaik-baik balasan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rusydiah Mohd. Ja'afar

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12