FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


OBK Akan Terus Dipeduli


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyampaikan ucapan pembukaan rasmi. |PELITA BRUNEI ( Mohamad Azmi Awang Damit )

 


 December 4th, 2016  |  10:18 AM  |   1400 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 3 Disember. - Kita sedia maklum bahawa golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK) merupakan golongan yang menghadapi pelbagai cabaran termasuk stigmatasi dan diskriminasi sama ada secara ketara ataupun tidak.

 

Dilaporkan bahawa sebahagian besar daripada mereka di luar negara masih terpinggir, berkehidupan susah, tidak mempunyai pendapatan, tidak mendapat rawatan kesihatan yang komprehensif dan tidak menikmati kemudahan seperti bangunan yang 'disable friendly'.

 

Namun, alhamdulilah di Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan baginda melalui pelbagai agensi dan jentera Kerajaan sentiasa peka serta mengambil berat akan kesejahteraan semua rakyat dan penduduk, apatah lagi hal ehwal golongan insan istimewa itu.

 

Melalui usaha-usaha berterusan seperti penyediaan kemudahan rawatan kesihatan yang percuma lagi menyeluruh, sistem pendidikan yang bersepadu (integrated education system), penyediaan sistem jaminan sosial atau 'safety net' termasuk melalui pemberian dan agihan bantuan kewangan kepada golongan OBK serta usaha-usaha 'multi stakeholders' yang berkenaan dalam penyediaan prasarana dan kemudahan yang 'disable-friendly'.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menjelaskan dan menekankan perkara tersebut ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa OBK 2016 di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Menurut Yang Berhormat, tidak dinafikan bahawa komitmen pihak kerajaan terhadap golongan istimewa ini bukan setakat itu sahaja, malahan Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Pelan Tindakan Isu Orang Berkeperluan Khas, khusus untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh golongan ini atau 'Plan of Action for People With Disabilities (PWDs) specifically addressing the issues concerning PWD's'.

 

031216 DIALOGNGO AZMI-11

 

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa melawat pameran.

 

Pelan itu tambahnya, merupakan sebuah dokumen rangka kerja yang mengandungi inisiatif-inisiatif khusus untuk dilaksanakan oleh pelbagai agensi, jabatan dan kementerian yang merupakan ahli di dalam satu Jawatankuasa Khas di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS), yang juga merupakan wadah bagi isu OBK ditangani melalui pendekatan 'Whole of Government' dan 'Whole of Society'.

 

Dari itu, ada di dalam perancangan Majlis Kebangsaan Isu Sosial yang mana, Yang Berhormat mempengerusikan selaku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk meneliti semula atau mereview Pelan Tindakan Isu OBK tersebut agar ia lebih selaras dan sejajar dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 dengan harapan warga OBK di negara ini akan sama-sama dapat mencapai serta mengecapi kejayaan Wawasan Negara nanti.

 

Pada peringkat antarabangsa pula ujar Yang Berhormat, negara juga tidak ketinggalan mengiktiraf akan hak dan kepentingan golongan OBK, ia adalah terbukti dengan kurnia titah perkenan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Negara Brunei Darussalam secara rasminya telah meratifikasi 'United Nations Conventions on the Rights of People With Disabilities (UNCRPD)' pada April yang lalu.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat juga turut melahirkan rasa syukur di atas penglibatan aktif persatuan-persatuan OBK di negara ini yang sentiasa berkerjasama erat dengan pihak kerajaan dalam meningkatkan taraf kehidupan warga OBK terutama sekali memberi peluang untuk mereka berpartisipasi dalam masyarakat.

 

Oleh itu, Yang Berhormat juga menyeru kepada pihak Persatuan OBK dan NGO's yang lain agar tidak kendur-kendur meneruskan perjuangan mereka yang berkebajikan, di mana insyaaAllah Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan sama-sama berperanan memberikan sokongan memandangkan usaha yang membanggakan itu nampaknya semakin mantap dan meningkat dari setahun ke setahun.

 

Bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan persatuan-persatuan OBK dalam usaha mereka memajukan individu serta golongan istimewa, Yang Berhormat juga merasa sukacita di atas inisiatif pihak persatuan-persatuan OBK.

 

Majlis Kesejahteran Orang Kelainan Upaya (MKOKU) telah didaftarkan di Register of Societies dan ditubuhkan pada 14 Mei 2016, dari itu Yang Berhormat merasa yakin dengan tertubuhnya MKOKU itu nanti, isu-isu OBK akan lebih diketengahkan dan diberi perhatian yang lebih terarah, lebih-lebih lagi jika ahli-ahli MKOKU itu terdiri daripada individu-individu OBK sendiri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07