FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersaing Secara Sihat, Harumkan Nama Negara


PENYERAHAN Bendera Negara Brunei Darussalam bagi Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Persahabatan BIMP-EAGA KE-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016 telah diserahkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof kepada Chef de Mission, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly. |FOTO : PELITA BRUNEI(Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 December 3rd, 2016  |  10:35 AM  |   1316 views

BERAKAS

 

Jumaat, 2 Disember. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof mengingatkan kepada semua atlet yang terpilih ke Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016, agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati untuk menghindarkan dari penggunaan ubat-ubatan yang terlarang.

 

Selain itu, atlet juga perlu menjaga disiplin dan kondisi masing-masing sebelum dan semasa kejohanan khususnya dari penjagaan kesihatan.

 

Berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Negara dan Doa Selamat bagi Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Persahabatan BIMP-EAGA KE-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016 bertempat di Tingkat 1, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Yang Berhormat seterusnya menambah bahawa atlet hendaklah sentiasa fokus dan bersemangat jitu bagi meraih kemenangan dan mengharumkan nama negara.

 

"Terpilihnya para atlet ke kejohanan ini selain satu arena untuk bersaing ianya juga boleh dijadikan sebagai gelangang ukuran bagi mengetahui dan menilai potensi pencapaian masing-masing.

 

Selaku perwakilan negara, sentiasalah menjaga nama baik dan imej negara sepanjang berada di Samarinda. Bersainglah secara sihat dengan disiplin serta semangat yang kental seterusnya menempah kejayaan. Masa yang terluang hendaklah dimanfaat bagi menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai keadaan setempat," ujar Yang Berhormat.

 

Terdahulu sebelum itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi pihak kementerian, menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas limpah kurnia perkenan baginda bagi Negara Brunei Darussalam menyertai kejohanan Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016 pada tahun ini dan penggunaan pesawat terbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) untuk penghantaran dan pengangkutan balik kontinjen negara dari Samarinda, Kalimantan Timur.

 

Menurut Yang Berhormat, kejohanan ini akan disertai oleh peserta daripada kawasan pertumbuhan ASEAN Timur iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP – EAGA).

 

021216 KKBS3 AMP

 

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof bergambar ramai bersama Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang akan menyertai Sukan Persahabatan BIMP-EAGA KE-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016

 

Penyertaan negara ke kejohanan ini terang Yang Berhormat, adalah tanda komitmen, sokongan dan persefahaman di antara negara ahli BIMP – EAGA dengan prinsip kekeluargaan, meningkatkan silaturahim, perpaduan dan mengekalkan 'spirit of friendship' ke arah pembangunan sukan dan keamanan di kalangan negara-negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina yang berjiran.

 

Temasya sukan ini ujar Yang Berhormat, bukan saja dapat memupuk semangat berpasukan dan kesukanan, ianya juga dapat menjalin kerjasama lebih luas di dalam kalangan negara-negara yang mengambil bahagian pada temasya sukan berprestij diadakan sekali dalam tempoh dua tahun ini.

 

Yang Berhormat turut menyatakan bahawa pada Sukan Persahabatan BIMP-EAGA KE-8, 2014 di Malaysia, negara telah meraih 15 pingat iaitu 3 pingat emas, 8 pingat perak dan empat pingat gangsa.

 

Yang Berhormat seterusnya berharap agar mutu kejayaan dan kutipan pingat ini akan terus diperbaiki dan meningkat di kejohanan pada kali ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10