Home > Bahasa Melayu
Menteri KKBS Terima Kunjungan Hormat
December 3rd, 2016 | 10:31 AM | 1053 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 1 Disember. - Serombongan terdiri daripada enam orang dari China Guangxi International Youth Exchange Institute, Republik Rakyat China melawat ke negara ini selama empat hari mulai 29 November hingga 2 Disember 2016.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), tujuan utama lawatan yang julung-julung kalinya adalah untuk berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan Alumni Young Leaders Training Programme.
Sehubungan itu, rombongan yang diketuai oleh Mr. Weng Hua, wakil dari China Guangxi International Youth Exchange Institute telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Majlis berlangsung di Bangunan KKBS.
Turut hadir termasuklah Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Jalil serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Yang Jian.
Di sepanjang berada di negara ini, rombongan telah membuat lawatan ke Pusat Pembangunan Belia, Kampong Ayer, Kampung Sungai Matan dan sebagainya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]