FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2.6 Bilion Penduduk Dunia Alami Berat Badan Berlebihan


Kementerian Kesihatan

 


 March 4th, 2024  |  07:27 AM  |   351 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Obesiti adalah salah satu faktor risiko utama bagi penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, dan beberapa jenis kanser.

 

Obesiti juga dikategorikan sebagai salah satu isu kesihatan awam yang utama di seluruh dunia disebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, produktiviti dan ekonomi negara.

 

Menurut laporan World Obesity Atlas 2023 daripada Persekutuan Obesiti Sedunia, kira-kira 2.6 bilion (38 peratus) penduduk dunia mengalami berat badan berlebihan dan obesiti pada 2020 dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada seramai empat bilion (melebihi 50 peratus) penduduk dunia pada 2035 jika tidak ada tindakan dan langkah pencegahan diambil untuk mengurangkan peningkatan kadar obesiti berkenaan.

 

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusannya sempena Hari Obesiti Sedunia 2024 dengan tema 'Mari Berbicara Tentang Obesiti dan Kanak-Kanak' (Let's Talk About Obesity and Children) .

 

Oleh yang sedemikian menurut Yang Berhormat, Hari Obesiti Sedunia disambut pada setiap 4 Mac untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai tentang punca obesiti dan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menangani obesiti.

 

“Tema sambutan Hari Obesiti Sedunia di Negara Brunei Darussalam (NBD) pada tahun ini ialah 'Mari Berbicara Mengenai Obesiti & Kanak-Kanak' (Let's Talk About Obesity & Children).

 

“Tema ini menumpukan perhatian terhadap masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak termasuk para remaja.

 

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 340 juta kanak-kanak dan remaja mengalami berat badan berlebihan dan obesiti pada tahun 2016

 

“Isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak ini adalah salah satu cabaran kesihatan awam global yang paling serius, yang menjejaskan setiap negara," jelas Yang Berhormat.

 

Di NBD tambah Yang Berhormat, kaji selidik 'Global School-based Health Survey (GSHS)' 2019 menunjukkan kadar obesiti dalam kalangan remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun adalah 18.1 peratus, iaitu meningkat daripada 17.4 peratus pada 2014.

 

Kadar ini kata Yang Berhormat, merupakan kadar yang tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan kadar berat badan berlebihan dalam kalangan remaja juga meningkat, iaitu 35.6 peratus pada 2019, berbanding 35.2 peratus pada 2014.

 

Yang Berhormat juga turut mengongsikan bahawa saringan kesihatan yang dijalankan oleh Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Kementerian Kesihatan dalam kalangan para pelajar di seluruh negara juga mendapati kadar berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan para pelajar Tahun 1, Tahun 4 dan Tahun 7 dalam tempoh masa lima tahun kebelakangan adalah di antara 25 peratus ke 30 peratus.

 

“Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak ini sangat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan mental seperti mengalami perasaan kemurungan, tekanan (stress) yang tinggi, kebimbangan yang melampau dan perasaan terasing secara sosial.

 

“Masalah emosi dan mental tersebut boleh berterusan sehingga dewasa dan jika masalah obesiti ini tidak dibendung dari awal, trend ini akan terus meningkat dan kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang tinggi menjadi dewasa yang obes dan mengalami masalah kesihatan disebabkan oleh penyakit-penyakit tidak berjangkit," ujar Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan obesiti termasuk genetik, persekitaran, psikologi, budaya dan sosial, pemakanan yang tidak sihat dan seimbang, kurang kegiatan fizikal dan sesetengah ubat.

 

Yang Berhormat juga mengongsikan kaji selidik GSHS 2019, sebanyak 78.7 peratus remaja tidak mengamalkan pemakanan buah-buahan yang cukup (sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari) dan sebanyak 86.8 peratus remaja tersebut tidak mengamalkan pengambilan sayur-sayuran yang cukup (sekurang-kurangnya dua hidangan sehari).

 

Kaji selidik tersebut juga tambah Yang Berhormat, mendapati bahawa sebanyak 40 peratus remaja mengambil minuman berkarbonat sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

 

Kaji selidik berkenaan juga terang Yang Berhormat, menunjukkan bahawa sebanyak 89 peratus remaja tidak mengamalkan aktiviti fizikal seperti yang disarankan oleh WHO, iaitu sekurang-kurangnya 60 minit sehari.

 

“Kekurangan aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang kurang sihat dari peringkat awal adalah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran kanak-kanak seperti amalan kebiasaan di rumah, penggunaan skrin atau gajet secara berlebihan, jadual persekolahan, pemasaran makanan dan minuman yang berkhasiat dan sebagainya.

 

“Oleh yang sedemikian, Kementerian Kesihatan menitikberatkan tindakan-tindakan pencegahan di setiap peringkat kehidupan termasuk dari dalam kandungan dan peringkat kanak-kanak," kata Yang Berhormat.

 

Antara inisiatif-inisiatif yang telah diambil bagi pencegahan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak ujar Yang Berhormat, adalah termasuk mengukuhkan dasar-dasar dan garis pandu yang berkaitan untuk mengutamakan persekitaran yang sihat seperti pemakanan ibu, anak damit dan kanak-kanak kecil bagi menyokong, mempromosi dan melindungi amalan penyusuan susu ibu, kod pemasaran makanan dan minuman yang berhemah kepada kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak daripada kesan pengiklanan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat dan cukai ke atas minuman yang mengandungi gula (Sugar-Sweetened Beverages Tax).

 

Selain itu tambah Yang Berhormat, bekerjasama dengan pelbagai sektor melalui tindakan-tindakan yang telah digariskan di dalam Brunei Darussalam National Multi-sectoral Action Plan on Non-Communicable Diseases (BruMAP-NCD) 2021-2025, termasuk langkah-langkah untuk mewujudkan persekitaran pemakanan yang lebih sihat dan kondusif serta menyokong aktiviti fizikal dalam kalangan masyarakat.

 

Antaranya ialah kata Yang Berhormat, Inisiatif Logo Pilihan Sihat, dengan kerjasama industri makanan bagi membantu pengguna untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat dan Program Brunei on the Move (BONTM) bagi mempromosi dan menggalakkan masyarakat untuk sentiasa aktif melakukan kegiatan fizikal.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan dengan memberi khidmat nasihat mengenai obesiti dan kaunseling pemakanan di Pusat-pusat Kesihatan dan hospital-hospital kerajaan.

 

“Kementerian Kesihatan juga ada menyediakan perkhidmatan Klinik Obesiti (bagi dewasa) di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha melalui rujukan dari Pusat-pusat Kesihatan berdekatan.

 

“Terus menjalankan kempen media massa dan aktiviti-aktiviti kesihatan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai obesiti dan kepentingan amalan gaya hidup sihat di pelbagai tempat seperti sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak, komuniti dan sebagainya," jelasnya.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, pencegahan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak memerlukan usaha, penglibatan dan komitmen daripada semua pihak termasuk individu, ibu bapa, sekolah-sekolah, industri makanan dan minuman dan sektor-sektor lain yang berkaitan bagi membentuk persekitaran kanak-kanak untuk menjadi lebih sihat.

 

Oleh itu kata Yang Berhormat, masalah obesiti kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan perlu diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak masyarakat di negara ini.

 

“Bersempena Hari Obesiti Sedunia ini, marilah kita semua bergerak bersama mengamalkan gaya hidup yang sihat dan meningkatkan usaha untuk mempercepatkan tindakan-tindakan bagi pencegahan obesiti.

 

“InsyaaAllah, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan akan sentiasa dan terus komited dalam menangani masalah obesiti dengan meneliti dan melaksanakan dasar-dasar yang membolehkan persekitaran yang sihat untuk memastikan kualiti kehidupan kita dan anak-anak kita akan terus terjamin," ujar Yang Berhormat mengakhiri perutusannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Kesihatan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47