FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Khatam Al-Quran Raikan Pelatih PKBN


Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 4th, 2024  |  07:22 AM  |   255 views

TEMBURONG

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran khusus bagi para pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-12 bagi sesi tahun 1445H / 2024M yang berlangsung di Dewan Kuliah, Kem Latihan PKBN, Kampung Batu Apoi, pagi tadi.

 

Seramai 457 pelatih terdiri daripada 309 pelatih lelaki dan 148 pelatih perempuan PKBN Pengambilan Ke-12 mengikuti majlis berkenaan tidak termasuk 12 pelatih, iaitu lima lelaki dan tujuh perempuan yang bukan beragama Islam.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat

 

majlis, diikuti dengan bacaan-bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai dan Takhtim yang diketuai oleh Pelatih 14293 Awang Muhammad Zulhelmi Hashim bin Jainudin daripada Platun 1 dan bacaan Doa Khatam diketuai oleh Pelatih 13969 Awang Muhammad Hazmaan Kamal bin Haji Brahim daripada Platun 7.

 

Manakala, Dikir Marhaban yang diketuai oleh Penolong-penolong Pegawai Keugamaan dan Kerohanian PKBN dan diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh Pelatih 13869 Awang Mohammad Danial Hazwan bin Mohammad Azmi daripada Platun 3.

 

Majlis seterusnya diikuti dengan Sesi Penyampaian Sijil-sijil Khatam kepada para pelatih PKBN Pengambilan Ke-12 yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis bagi pelatih lelaki manakala Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari bagi pelatih perempuan.

 

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama para pelatih PKBN Pengambilan Ke-12 bersama tetamu kehormat majlis.

 

Majlis dihasrat sebagai landasan bagi para pelatih PKBN untuk mengerjakan serta memantapkan pelbagai amal ibadah sekali gus mengukuhkan ciri-ciri kerohanian, keimanan dan ketakwaan mereka yang telah ditanamkan di sepanjang jangka waktu mengikuti latihan.

 

Selain itu, ia juga dihasrat untuk membentuk para pelatih dan belia yang syumul serta cemerlang ke arah mendukung konsep 'Melayu Islam Beraja' dan 'Negara Zikir'.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir juga selaku Ketua Kampong Labu Estate dan Piasau-Piasau; Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, ketua-ketua bahagian dan ketua jabatan serta para pegawai kanan KKBS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47