Home > Bahasa Melayu
Pameran Kereta Semarakkan Lagi Hari Kebangsaan Ke-40
Saerah Haji Abdul Ghani
March 4th, 2024 | 07:18 AM | 256 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak 70 buah kenderaan dan 30 buah motosikal pelbagai jenama yang terdiri daripada jenis klasik dan moden menyertai Pameran Kereta Semarak Hari Kebangsaan sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024.
Dengan membawakan tema 'Semarak Hari Kebangsaan', Pameran Kereta tersebut mengambil tempat di kawasan letak kereta Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada pameran tersebut sekali gus menyaksikan pameran ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat. Pameran Kereta Semarak Hari Kebangsaan merupakan anjuran Kelab Benzer Brunei Darussalam atas jemputan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Antara tujuan pameran diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik, kebangsaan dan bernegara sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-40 serta seterusnya menjalinkan lagi hubungan baik dan silaturahim antara semua yang terlibat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]