FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Program Keagamaan Senegara Sempena Semarak Hari Kebangsaan


Alishahrin Haji Mumin

 


 February 28th, 2024  |  08:01 AM  |   9674 views

BRUNEI DARUSSALAM

 

Program Keagamaan Senegara bagi Sekolah-sekolah Arab dan Ugama diadakan secara serentak di seluruh negara bersempena Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, hari ini. Program tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi persekolahan sebelah pagi bermula pada pukul 8.00 pagi dan sesi petang bermula pada pukul 2.00 petang.

 

Program berkenaan merupakan anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) dengan kerjasama Jabatan Penerangan.

 

Hadir selaku tetamu khas bagi acara sesi pagi di Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan ialah Penolong Pengarah Perkhidmatan Korporat, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Haslinah Susanti binti Haji Md. Hassan.

 

Atur cara program dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin serta doa. Kemudian turut disemarakkan dengan Zikir Al-Maghfirah Wa Ar-Rahmah.

 

Bersempena dengan Hari Kebangsaan yang disambut pada setiap tahun, Taklimat Kenegaraan bertajuk, 'Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

 

Inti pati taklimat memfokuskan kepada kefahaman dan kesedaran rakyat dan penduduk terhadap isu-isu kenegaraan seperti menaikkan dan mengibar bendera.

 

Di samping itu, program ini secara tidak langsung bertujuan untuk kita mengenali lebih dekat mengenai dengan 'Raja Pemerintah Kita' serta menghayati Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Taklimat diakhiri dengan bacaan Doa Hari Kebangsaan dan Doa Peliharakan Sultan serta Negara Brunei Darussalam.

 

Sehubungan itu, acara pada sesi petang yang berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Kawasan Brunei I dihadiri oleh Pemangku Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Awang Haji Ayop bin Ghani yang juga hadir selaku tetamu khas.

 

Program ini turut diadakan secara dalam talian yang disertai oleh tujuh buah Sekolah Arab iaitu Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah; Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; Ma'had Islam Brunei; Sekolah Arab Belait; Sekolah Arab Temburong; dan Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan bagi sesi pagi.

 

Manakala sesi petang disertai secara dalam talian oleh lapan buah sekolah ugama iaitu Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Temburong; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Brunei I; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolkiah; Sekolah Ugama Sungai Besar; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Nor'ain, Tutong; dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Belait.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10