FacebookInstagramTwitterContact

 

East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hari Terbuka LCB : Peluang Ketahui Pengajian Ditawarkan


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 18th, 2024  |  08:51 AM  |   143 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari Terbuka Kolej Perniagaan Laksamana (Laksamana College of Business - LCB) adalah platform untuk mempamerkan kemudahan, produk, dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada orang ramai, bakal pelajar dan keluarga mereka.

 

Ia merupakan peluang bagi orang ramai untuk mengalami secara langsung kehidupan dinamik para pelajar di LCB.

 

Daripada sesi maklumat mengenai kursus dan modul hinggalah demonstrasi masakan yang memukau di Sekolah Kulinari LCB serta persembahan hebat daripada Majlis Pelajar LCB, Hari Terbuka tersebut menyediakan pelbagai acara menarik untuk orang ramai.

 

Perkara berkenaan antara yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan Pengetua LCB, Mr. S. Sivarajah semasa Majlis Pelancaran Hari Terbuka LCB dan Pelancaran Kursus-kursus Terbaharu di LCB, bertempat di Auditorium LCB, Bangunan Annexe LCB, di sini.

 

Terdahulu, Mr. S. Sivarajah menyatakan, di LCB, mereka berjanji untuk menyumbang kepada mencapai matlamat pertama Wawasan Brunei 2035 iaitu menghasilkan individu yang berpendidikan, berkemahiran tinggi, dan berjaya.

 

Tambahnya, matlamat LCB adalah untuk menawarkan pendidikan berkualiti bagi menjadikan tenaga kerja yang kompeten yang mampu memenuhi tuntutan landskap global yang berkembang pesat.

 

LCB jelasnya lagi, berhasrat untuk memperkasa pelajar mereka menjadi pemimpin masa depan dan inovator melalui inisiatif seperti kursus BTEC terbaharu dalam mendorong perubahan positif dalam masyarakat.

 

Hadir pada majlis pelancaran berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku tetamu kehormat majlis.

 

Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II juga turut menyempurnakan pelancaran dua kursus baharu, iaitu Level 2 Travel and Tourism; dan Level 2 Information Technology; disusuli dengan Pelancaran Hari Terbuka LCB 2024.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata penghargaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis kepada para penaja, diikuti dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pengarah Abdul Razak Holdings, Awang Haji Suhaimei bin Haji Awang Besar, kepada tetamu kehormat majlis.

 

Hari Terbuka LCB 2024 diadakan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 19 Februari 2024, bermula jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam, dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah percuma secara eksklusif.

 

Acara tahun ini berbeza daripada sebelumnya dengan penyertaan pelbagai vendor makanan, minuman, kraf dan barangan terpakai sepanjang acara.

 

Selain itu, tiga cabutan bertuah berasingan akan diadakan untuk orang ramai, dan para pelajar.

 

Selain itu, Hari Terbuka LCB 2024 juga mengadakan pameran korporat yang disertai oleh Netcom Computer House, Imagine Sdn. Bhd., Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Progresif Sdn. Bhd., Baiduri Bank, dan Rela Insurance.

 

Syarikat-syarikat berkenaan turut mempamerkan produk dan perkhidmatan istimewa semasa acara diadakan.

 

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk treasure hunts, dan acara-acara menarik yang dianjurkan oleh Majlis Pelajar LCB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06