FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bendera Besar Berkibar Megah Di Ibu Negara


Mohamad Azmi Awang Damit​

 


 February 17th, 2024  |  08:05 AM  |   138 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Upacara menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam menandakan bermulanya Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-40, Tahun 2024, yang diadakan di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara pagi tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di upacara tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024.

 

Turut hadir, Pengerusi-Pengerusi Bersama, Timbalan-Timbalan Pengerusi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Daerah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024 serta Ahli-ahli Jawatankuasa lain.

 

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan NBD oleh Begawan Mudim Awang Haji Amran bin Haji Md. Salleh.

 

Majlis seterusnya menyaksikan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei dan Pasukan Pembawa Bendera Benteng yang terdiri dari pasukan Kadet Tentera, Kadet Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat serta Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bergerak masuk bagi penyerahan dan penerimaan Bendera Besar NBD daripada tetamu kehormat majlis.

 

Penyempurnaan Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara diiringi dengan Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' oleh kumpulan koir yang dianggotai oleh 40 penuntut dari Sekolah Seri Mulia Sarjana serta diiringi oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Sekolah Seri Mulia Sarjana merupakan juara bertahan dalam pertandingan koir lagu-lagu patriotik peringkat sekolah menengah dan maktab-maktab senegara sejak Tahun 2019 dan Sekolah Seri Mulia Sarjana juga menjuarai pertandingan koir lagu kanak-kanak peringkat sekolah rendah senegara pada Tahun 2023.

 

Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan dua buah lagu patriotik, 'Ikrar Kemerdekaan' dan 'Berkibarlah Bendera' bersama kibaran bendera kecil oleh seramai 100 penuntut dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok.

 

Di akhir upacara, majlis menyaksikan penyampaian bendera-bendera negara bersaiz sederhana dan poster-poster sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024 kepada Pemangku-pemangku Pegawai Daerah bagi keempat-empat daerah.

 

Dengan berkibarnya bendera besar negara, seluruh rakyat dan penduduk di negara ini adalah diseru untuk sama-sama mengibarkan bendera bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024 di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan serta pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan kerajaan dan sektor swasta mulai hari ini sehingga Ahad, 15 Syaaban 1445 bersamaan 25 Februari 2024.

 

Pengiran-pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula hendaklah mengibarkan bendera NBD.

 

Setiap bendera yang dikibarkan hendaklah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dengan memastikan bendera tersebut dalam keadaan baik, tidak pudar warnanya dan tidak koyak.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06