FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Amalkan Perniagaan Beretika


Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik

 


 January 29th, 2024  |  07:56 AM  |   226 views

TEMBURONG

 

 Pemeriksaan bersepadu bulanan yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna bersama Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi baru-baru ini telah mendapati premis-premis perniagaan di kawasan Mukim Amo dan Mukim Bukok, Daerah Temburong mematuhi perundangan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151.

 

Objektif pemeriksaan bersepadu bulanan adalah bagi menguatkuasa Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151, di samping sebagai usaha bagi meningkatkan kewaspadaan premis perniagaan terhadap keperluan untuk mematuhi perundangan-perundangan berkenaan ke arah mempromosi persekitaran perniagaan yang beretika di negara ini.

 

Berikutan daripada pemeriksaan bersepadu berkenaan, premis-premis perniagaan didapati patuh terhadap Akta Kawalan Harga, Penggal 142 di mana premis-premis tersebut tidak menjual melebihi harga maksimum bagi barangan yang dikawal harga seperti minyak masak dan susu tepung anak damit, serta mempamerkan tanda harga dengan jelas dan betul bagi barangan yang dijual di dalam premis perniagaan masing-masing.

 

Sementara itu, Unit SDT mendapati sebanyak sembilan unit alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perniagaan yang mana kesemua alat-alat tersebut adalah sah, tepat dan berdaftar dengan Unit SDT selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151 dan Peraturan-Peraturan (Penelitian) Alat-Alat Sukatan dan Timbangan 1994 Ceraian 3 (1) dan (2).

 

Para peniaga disarankan untuk sentiasa mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151 dengan menjalankan perniagaan secara beretika bagi membantu merangsang pertumbuhan aktiviti perekonomian dalam negara yang sihat dan berdaya tahan.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi saluran-saluran rasmi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 - Jabatan Hal Ehwal Pengguna, JPES melalui Talian Darussalam 123 atau aplikasi PenggunaBijak atau Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 - Unit SDT, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan melalui e-mel '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48