FacebookInstagramTwitterContact

 

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case           >>           Delivery Firm Getir To Exit UK, Europe And US           >>           NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Perhimpunan Tahunan Raikan Pencapaian Mahkamah-Mahkamah Syariah


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 January 28th, 2024  |  08:20 AM  |   217 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengadakan Majlis Perhimpunan Tahunan Mahkamah-mahkamah Syariah bagi tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi.

 

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Hakim Syar'ie, Pendaftar-pendaftar Mahkamah Syariah, para pegawai dan kakitangan Mahkamah-mahkamah Syariah dari seluruh negara.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Kehakiman Negara dan beberapa pegawai dari Jabatan Kehakiman Negara, JPM.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pengiran Mohammaddin bin Pengiran Haji Aliakbar.

 

Dalam ucapannya, Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah antara lain menjelaskan tujuan majlis berkenaan adalah peluang untuk melihat semula sebarang pencapaian Mahkamah Syariah pada tahun sebelumnya.

 

"Dalam masa yang sama juga, kita sama-sama akan berkongsi beberapa perancangan yang akan menjadi fokus untuk dilaksanakan pada tahun seterusnya," tambah beliau.

 

Ini diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Amat Arif / Yang Berhormat Ketua Hakim Syar'ie.

 

Antara pengisian pada majlis berkenaan ialah tayangan video menyelusuri program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah sepanjang tahun 2023, penyampaian sijil penghargaan bagi penyertaan acara sukan dan penyampaian penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah yang berpindah dan bersara.

 

Pada majlis berkenaan juga, tetamu kehormat turut menyampaikan hadiah bagi Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Mahkamah-mahkamah Syariah Tahun 2023 kepada kakitangan Mahkamah-mahkamah Syariah yang berkhidmat dengan cemerlang bagi tahun 2023.

 

Pemilihan para penerima berkenaan adalah melalui satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk terdiri daripada ketua-ketua bahagian berpandukan kepada garis panduan Anugerah Pekerja Cemerlang Mahkamah Syariah.

 

Bagi penilaian tahun 2023, seramai dua calon dalam Kategori Divisyen 3, 12 calon dalam Kategori Divisyen 4 dan dua calon bagi Kategori Divisyen 5.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-29 22:39:36