FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Ambil Inisiatif Atasi Isu Pergaulan Bebas


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 January 28th, 2024  |  08:15 AM  |   175 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Melihat kepada statistik kes jenayah di Mahkamah Rendah Syariah yang diperuntukkan di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 pada 2023, daripada jumlah keseluruhan sebanyak 870 kes, 432 kes adalah merupakan kes khalwat di Bawah bab 196(1), iaitu khalwat yang dilakukan oleh orang Islam; manakala 25 kes merupakan kes khalwat di Bawah bab 196(2), iaitu khalwat yang dilakukan oleh orang bukan Islam dengan orang Islam.

 

Jumlah berkenaan telah meningkat sebanyak 36 peratus jika dibandingkan pada 2022 sebelumnya dengan jumlah kes khalwat di Bawah bab 196(1) adalah sebanyak 203 kes.

 

Jumlah kes khalwat di Bawah bab 196(2) juga telah meningkat sebanyak 43 peratus jika dibandingkan dengan jumlah kes khalwat di bawah bab berkenaan pada 2022, iaitu sebanyak 10 kes.

 

Perkara berkenaan ditekankan oleh Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Tahunan Mahkamah-mahkamah Syariah bagi tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah, di sini.

 

Peningkatan kepada jumlah kes khalwat berkenaan tegas Yang Amat Arif / Yang Berhormat, adalah membimbangkan memandangkan pihak-pihak yang terlibat adalah daripada golongan orang Islam sendiri.

 

Perkara ini tambah Yang Amat Arif / Yang Berhormat, hendaklah diambil berat dan serius oleh setiap masyarakat khususnya yang beragama Islam.

 

"Walaupun hukuman yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang disabitkan dengan kesalahan khalwat tidaklah seberat hukuman kesalahan-kesalahan lain di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013, kesalahan ini juga hendaklah tidak dipandang ringan kerana sekiranya kesalahan ini berlanjutan, ia juga mungkin akan membawa kepada kesalahan dan maksiat yang lebih besar seperti zina dan seumpamanya dan hukuman yang dikenakan sudah tentu akan lebih berat lagi dan berkemungkinan membawa kepada hukuman sebat mandatori, iaitu mengikut hukum had," tambah Yang Amat Arif / Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata melihat pula kepada statistik kes yang melibatkan hukuman sebat di Bawah Bab 71(a), iaitu percubaan melakukan zina bagi muhsan di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 di Mahkamah Rendah Syariah seluruh negara bagi tahun 2023 adalah sebanyak dua kes dikenakan dengan hukuman sebat.

 

Yang Amat Arif / Yang Berhormat seterusnya mengongsikan sebanyak 20 kes pada 2023 telah meningkat sebayak 82 peratus daripada 2022 dengan hanya sebanyak dua kes sahaja didaftarkan di bawah bab berkenaan pada tahun berkenaan, iaitu di bawah Bab 71(b), iaitu percubaan melakukan zina bagi ghairu muhsan.

 

Bahkan jelas Yang Amat Arif / Yang Berhormat, melihat kepada keseluruhan jumlah kes-kes kesalahan yang melibatkan hukuman sebat di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dalam tempoh empat tahun kebelakangan bagi tahun 2020-2023 di Mahkamah-mahkamah Syariah, sebanyak 16 kes telah menjalani hukuman sebat.

 

Dalam pada itu, Yang Amat Arif / Yang Berhormat berpendapat melihat jumlah berkenaan dari setahun ke setahun dan dengan peningkatan jumlah kesalahan-kesalahan yang melibatkan orang Islam sama ada kesalahan yang dilakukan secara percubaan atau sebaliknya, adalah tidak sepatutnya terjadi dan adalah tidak wajar kerana kita adalah merupakan rakyat dan masyarakat yang hidup di sebuah negara Melayu Islam Beraja dan sebagai Negara Zikir.

 

Oleh itu, Yang Amat Arif / Yang Berhormat menegaskan, sewajarnya setiap daripada kita memainkan peranan dalam mencegah perkara yang mungkar dan berusaha untuk menjauhinya.

 

Sehubungan dengan itu juga tegas Yang Amat Arif / Yang Berhormat, peranan setiap pihak sama ada secara individu ataupun agensi awam termasuk semua pengamal undang-undang dan tidak terkecuali Mahkamah Syariah sendiri serta agensi-agensi yang berkaitan yang bertanggungjawab, hendaklah memainkan peranan masing-masing dan mengambil berat akan perkara berkenaan serta mengambil inisiatif berhubung perkara berkenaan terutama terhadap masalah dan isu pergaulan bebas dalam kalangan golongan muda pada masa ini.

 

"Sekiranya kita tidak mengatasinya, dikhuatiri akan bertambahnya kes-kes khalwat, percubaan zina dan seumpamanya di Negara Brunei Darussalam yang akan mendatangkan kesan yang buruk dan negatif dalam kehidupan masyarakat dan bernegara.

 

"Perlu saya tekankan juga di sini bahawa setiap hukuman yang dikenakan terhadap pesalah-pesalah jenayah di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013, sebagai contoh hukuman bagi kesalahan zina akan membawa kepada hukuman hadd yang mana jumlah sebatannya tidak boleh dikurangkan atau dilebihkan, iaitu seperti hukuman zina bukan muhsan adalah 100 sebatan, atau kesalahan minum arak adalah 40 sebatan dan bagi kesalahan keduanya adalah 80 sebatan, di mana hukuman sebatan demikian adalah bersifat mandatori," terang Yang Amat Arif / Yang Berhormat lagi.

 

Namun begitu kata Yang Amat Arif / Yang Berhormat, walaupun hukuman sebat pada asalnya adalah hukuman bagi kesalahan hudud akan tetapi ia juga boleh dikenakan kepada pesalah yang disabitkan bagi kesalahan takzir, dengan hukuman sebat yang dikenakan kepada pesalahnya adalah atas dengan pertimbangan atau budi bicara hakim, iaitu bagi kesalahan takzir yang ada diperuntukkan hukuman sebat baginya.

 

Maka dalam hubungan ini tekan Yang Amat Arif / Yang Berhormat, setiap hukuman sebatan walaupun sebagai takzir hendaklah benar-benar dapat memberikan pengajaran dan kesan yang mendalam lagi 'menjarakan' setiap pesalah berkenaan daripada mengulangi kesalahan yang sama, iaitu sebagai peringatan keras kepada mereka.

 

"Selain itu, melihat kepada hukuman sebat yang telah dilaksanakan, pada pandangan saya, ia telah dapat dilaksanakan dengan pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan," ucap Yang Amat Arif / Yang Berhormat.

 

Sehubungan dengan itu, Yang Amat Arif / Yang Berhormat berharap setiap perlaksanaan hukuman baik sebatan atau selainnya akan dapat dilaksanakan sepertimana yang sepatutnya dan mengikut hukum syarak serta undang-undang yang telah diperuntukkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48