Home > School
Ceramah Motivasi Suntik Semangat Pelajar, Belia
Ihsan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
January 28th, 2024 | 08:09 AM | 2684 views
TUTONG
Dalam usaha untuk memberikan semangat dan motivasi kepada para pelajar dan belia khususnya di kawasan Daerah Tutong, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang mengadakan Ceramah Motivasi Insan Cemerlang Bagi Pelajar dan Belia yang diadakan di Masjid RPN Bukit Beruang.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan motivasi kepada para pelajar dan belia berkenaan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Awang Haji Mohd. Aidil Sufian bin Mohd. Yassin.
Lebih 80 peserta hadir yang terdiri daripada para pelajar, belia serta Muslimah dan AJKT Masjid.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ihsan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]