FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Program Qalbun Salim Tutup Tirai


Aimi Sani

 


 January 26th, 2024  |  07:34 AM  |   1451 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Dalam usaha memberikan kesedaran tentang pegangan akidah yang betul dan kesedaran dalam menghayati serta mengamalkan ibadat dengan sempurna menurut ajaran Islam serta untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan akhlak Islam yang terpuji, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam (JPI) mengadakan Program Qalbun Salim bertempat di Dewan Serbaguna, PDI, hari ini.

 

Seramai lapan peserta lelaki dan 13 peserta perempuan yang terdiri daripada murid-murid sekolah ugama Darjah VI daripada lapan buah sekolah ugama iaitu Sekolah Ugama Pelambayan, Sekolah Ugama Delima Satu, Sekolah Ugama Mabohai, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Mentiri, Sekolah Ugama Pulaie, Sekolah Ugama Pusar Ulak dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah telah menyertai program yang dikendalikan selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Januari 2024.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan sijil kepada pada peserta ialah Pemangku Pengarah PDI, Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

 

Acara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Muhammad Hassanul Nazri bin Haji Faisal Hanafi dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta Program Qalbun Salim, Dayang Siti Nurfaresha binti Abdullah Radinman dari Sekolah Ugama Delima Satu, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.

 

Dalam ucapannya, Pengiran Norhayati berkata bahawa program antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar akan kepentingan berakhlak dengan akhlak Islam yang terpuji selain menimbulkan kesedaran dalam menghayati dan mengamalkan ibadat dengan sempurna menurut ajaran Islam.

 

Program Qalbun Salim ini ujar beliau, sangat tepat dalam usaha PDI memperkasakan gerakan dakwah dengan dukungan tenaga pegawai-pegawainya yang mempunyai ilmu dan menguasai kaedah-kaedah penyampaian yang tepat dengan sasarannya iaitu anak-anak murid sekolah.

 

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta program yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah.

 

Antara tajuk-tajuk kursus yang diajarkan di sepanjang Program Qalbun Salim termasuk Akidah, Taharah (praktikal Wuduk dan Tayamum), Akhlak, Perisai Diri, Dare to Change dan Uja Hatiku yang disampaikan oleh tenaga pembimbing terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Bahagian Penyebaran Da'wah, PDI.

 

Program tersebut diharap akan dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan memberi nilai tambah dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar dan meraih keimanan yang mantap serta dapat mengamalkan ajaran Islam dengan penuh keyakinan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48