FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Keputusan BCGCE peringkat ‘AS’, ‘A’ dikeluarkan


 


 January 21st, 2024  |  08:19 AM  |   2873 views

BERAKAS

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan mengeluarkan keputusan peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. peringkat 'AS' dan 'A' sesi Oktober/November 2023.

 

Bagi peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E peringkat 'AS', seramai 1,115 calon menduduki peperiksaan BC-GCE peringkat 'AS' sesi Oktober / November 2023.

 

Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,110 adalah calon sekolah.

 

Seramai 807 calon sekolah (72.70 peratus) memperoleh dua 'AS' level dan ke atas.

 

Manakala calon sekolah yang memperoleh tiga 'AS' level dan ke atas adalah seramai 522 (47.03 peratus)

 

Seramai 113 calon sekolah berjaya memperoleh gred A dalam sekurang-kurangnya dua mata pelajaran.

 

Daripada jumlah berkenaan, seramai 79 calon memperoleh gred A dalam dua mata pelajaran dan 34 calon memperoleh gred A dalam tiga mata pelajaran dan ke atas.

 

Jumlah calon sekolah yang memperoleh gred A dalam lima mata pelajaran ialah seramai dua calon, empat mata pelajaran seramai dua calon, tiga mata pelajaran seramai 26 calon dan dua mata pelajaran seramai 49 calon dengan jumlah keseluruhannya seramai 79 calon.

 

Manakala bagi peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'A' Level, seramai 1,649 calon menduduki peperiksaan BC-GCE peringkat 'A' sesi Oktober/November 2023.

 

Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,582 adalah calon sekolah.

 

Seramai 1,335 calon sekolah (84.39 peratus) memperoleh dua 'A' level dan ke atas.

 

Manakala calon sekolah yang memperoleh tiga 'A' level dan ke atas adalah seramai 1,073 (67.83 peratus).

 

Seramai 125 calon sekolah berjaya memperoleh gred A*/A dalam sekurang-kurangnya dua mata pelajaran.

 

Daripada jumlah berkenaan, seramai 61 calon memperoleh gred A*/A dalam sekurang-kurangnya dua mata pelajaran dan 64 calon memperoleh gred A*/A dalam tiga mata pelajaran dan ke atas.

 

Jumlah calon sekolah memperoleh gred A*/A dalam empat mata pelajaran ialah seramai Sembilan calon, tiga mata pelajaran seramai 55 calon, dan dua mata pelajaran seramai 61 calon dengan jumlah keseluruhannya seramai 125 calon.

 

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan hanya akan diperoleh melalui Pendaftaran Pesanan Ringkas (SMS).

 

Manakala slip keputusan, seperti yang biasanya dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan diumumkan kepada para penuntut sekolah dan calon persendirian hanya akan diberikan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Bagi mana-mana calon yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. Peringkat 'AS' dan 'A', pendaftaran bagi Mei/Jun tahun 2024 masih dibukakan dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada Khamis, 15 Februari 2024.

 

Manakala bagi para calon sekolah hendaklah menghadapkan permohonan melalui sekolah masing-masing.

 

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan bagi Mei/Jun tahun 2024 bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di 'www.moe.gov.bn' atau melalui kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat (One-Stop Centre), Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan semasa hari bekerja dari jam 7:45 pagi hingga 12:00 tengah hari dan 1:30 petang hingga jam 4:00 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Pendidikan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06