FacebookInstagramTwitterContact

 

Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>           Two of our top Anker power banks are back on sale at all-time low prices           >>           You Can Finally Use Passkeys To Sign Into Your Microsoft Account           >>           Huawei Has Been Secretly Funding Research In America After Being Blacklisted           >>           NWSL Roundup: Barbra Banda Carries Pride Past Courage           >>           Australia International Alessandro Circati Gets Parma Promoted To Serie A           >>           Crew Beat Monterrey To Reach Concacaf Champions Cup Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Keputusan Peperiksaan SPUB Dikeluarkan


 


 December 13th, 2023  |  13:48 PM  |   6765 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei telah mengeluarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) tahun 1444H / 2023M (bagi calon-calon Tahun 10/11) di sekolah-sekolah Menengah Arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Daripada seramai 681 orang calon yang menduduki peperiksaan SPUB, seramai 320 orang calon (46.99 peratus) telah berjaya memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid (Kepujian) dalam semua mata Pelajaran yang diduduki.

 

Sementara itu, 531 orang calon (77.97 peratus) telah memperoleh sekurang-kurangnya empat pangkat Jayyid (Kepujian) dalam mata-mata pelajaran yang diduduki. Daripada jumlah ini (681 orang), seramai 74 orang calon (10.87 peratus) berjaya memperoleh agregat 6 – 8.

 

Calon-calon sekolah yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip pernyataan keputusan mereka di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian hendaklah mengambil slip pernyataan keputusan di pejabat Bahagian Peperiksaan, JPI, bertempat di tingkat bawah bangunan KHEU pada waktu pejabat.

 

Sehubungan dengan itu, bagi calon-calon yang layak dan berminat untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pra-u di sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), bolehlah mengambil Borang Pendaftaran / Kemasukan ke sekolah ini bermula pada Sabtu (pagi), 3 Jamadilakhir 1445H bersamaan dengan 16 Disember 2023, pukul 8:30 pagi di SMALHB, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, BA2111, Negara Brunei Darussalam.

 

Tarikh akhir bagi mengembalikan semula borang tersebut ke sekolah berkenaan ialah pada Rabu, 7 Jamadilakhir 1445H bersamaan dengan 20 Disember 2023.

 

Bagi calon-calon peperiksaan, ibu bapa / penjaga yang ingin mendaftar untuk mendapatkan keputusan peperiksaan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), bolehlah berbuat demikian melalui perkhidmatan SMS dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON (jarak) NOMBOR KAD PENGENALAN PINTAR dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd atau 39966 bagi pelanggan Imagine Sdn Bhd.

 

Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

 

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar dengan dikenakan caj bayaran BND1.00, bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima.

 

Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan, agar dapat memastikan talian masing-masing mempunyai kredit yang mencukupi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06