FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


YLP Kukuhkan Hubungan Istimewa NBD - Singapura


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

 


 December 13th, 2023  |  13:13 PM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong.

 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.

 

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan kedatangan delegasi dari Singapura untuk edisi ke-9 Program Pemimpin-pemimpin Muda (Young Leaders' Programme - YLP), yang merupakan kali pertama TYT Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebagai ketua delegasi.

 

Mengimbas kembali ucapan Presiden Tony Tan Keng Yam semasa Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Singapura pada bulan April 2014, baginda menzahirkan keyakinan yang teguh bahawa YLP berperanan dalam mengukuhkan hubungan istimewa antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang telah terjalin sejak zaman Paduka Ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan mendiang Mr Lee Kuan Yew.

 

Sehubungan itu, Kebawah DYMM merakamkan penghargaan kepada Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, TYT Teo Chee Hean, sejak mengetuai Program Pemimpin-pemimpin Muda Kali Pertama ke Negara Brunei Darussalam dalam tahun 2013, yang mana atas pimpinan bijaksana Tuan Yang Terutama telah menyumbang kepada banyak pencapaian-pencapaiannya.

 

Baginda dan TYT Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura juga berkongsi pendapat mengenai perkara-perkara strategik dan berkepentingan bersama khususnya dalam kerjasama yang sedia ada seperti dalam bidang-bidang pertahanan dan keselamatan, perkhidmatan awam dan pembangunan kapasiti melalui pertukaran antara rakyat.

 

Ini termasuk meneroka kerjasama dalam bidang yang berkaitan dengan pengukuhan kemampanan seperti perubahan iklim dan keselamatan makanan.

 

Menyertai bersama TYT pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, TYT Teo Chee Hean; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Kewangan dan Menteri Kedua Pembangunan Negara, Puan Yang Terutama Indranee Thurai Rajah; Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Tenaga Manusia,TYT Zaqy Mohamad; Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan dan Kementerian Pembangunan Negara, TYT Tan Kiat How; Menteri Negara Kanan, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran dan Kementerian Tenaga Manusia, TYT Dr. Koh Poh Koon; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, TYT Laurence Bay Siow Hon.

 

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.

 

Program Pemimpin-pemimpin Muda Ke-9 yang diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2023 ini merupakan program pertukaran tahunan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura bagi meningkatkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin serta bagi pemimpin-pemimpin pada masa akan datang bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala, serantau dan pembangunan global. Dihoskan secara bergilir-gilir antara kedua buah negara, kali terakhir program ini diadakan ialah pada tahun 2022 di Republik Singapura.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47