FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Munajat Mampu Memberi Impak Positif


Foto : Masri Osman, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 November 26th, 2023  |  10:06 AM  |   1673 views

BERAKAS

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat ke Forum Perdana Majlis Ilmu 2023 sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun.

 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini, dijunjung oleh Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2023, iaitu Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Acara Forum Perdana Majlis Ilmu 2023 ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Kemudian majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menjelaskan, forum akan membentangkan huraian maksud munajat dan taubat yang menjadi inti ungkapan kata tema Majlis Ilmu 2023 sebagai sebahagian daripada usaha kita sebagai rakyat yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata'ala secara kolektif untuk memastikan Negara Brunei Darussalam yang sedia dengan sifatnya merupakan negara zikir berserta segenap isi di dalamnya akan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Subhanahu Wata'ala daripada sebarang musibah penyakit dan bencana, serta beroleh berkat dalam semua usaha raja dan pemerintahannya, membangunkan negara dan kesejahteraan rakyat dengan selamat sempurna, mencapai kemajuan modenisasinya yang seimbang di dunia dan di akhirat.

 

Majlis diteruskan dengan Sesi Forum Khas yang disampaikan oleh empat ahli panel iaitu Mufti Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dato Dr Luqman bin Haji Abdullah; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Penolong Mufti (Ifta), Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah; dan Pensyarah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof, selaku moderator.

 

Tajuk Forum Khas iaitu 'Munajat Senegara dengan Bertaubat' antara lain menyentuh mengenai maksud munajat dan bagaimana munajat mampu memberi impak positif dalam kehidupan di dunia dan seterusnya membahaskan mengenai kedudukan seseorang yang bertaubat tetapi masih melakukan dosa.

 

Dalam forum khas tersebut turut menyentuh mengenai munajat yang boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti tilawah Al-Quran dengan tadabbur, bersembahyang dengan khusyuk atau bacaan zikir atau mengadu kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan bahasa masing-masing. Manakala taubat boleh menjadi penyuci kepada dosa seseorang.

 

Juga dikongsikan ialah mengenai amalan taubat jika diiringi dengan munajat yang dilakukan dengan ikhlas dan khusyuk, sudah tentu gabungan kedua-dua amalan ini lebih afdal dalam usaha kita mendapat keredaan, pertolongan dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Sebelum berangkat balik meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan dan bergambar ramai bersama dengan Ahli Jawatankuasa Forum Perdana Majlis Ilmu 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47