Home > Breaking News
Kebawah DYMM Akan Berangkat Menghadiri AELM Di San Francisco, Amerika Syarikat
November 12th, 2023 | 07:55 AM | 258 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Asia-Pacific Economic Leaders' Meeting (AELM) yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat adalah tuan rumah bagi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) pada tahun 2023 yang membawakan tema 'Mewujudkan Masa Depan yang Berdaya tahan dan Mampan untuk Semua' (Creating a Resilient and Sustainable Future for All).
AELM, yang akan dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr., sebagai Pengerusi APEC bagi tahun 2023, adalah sebahagian daripada APEC Economic Leaders' Week (AELW) dan akan mengakhiri tempoh Amerika Syarikat selaku tuan rumah APEC.
APEC telah ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai forum ekonomi serantau untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik dan untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan yang bebas, adil dan terbuka.
Ahli-ahli pengasasnya ialah Australia; Negara Brunei Darussalam; Kanada; Indonesia; Jepun; Korea; Malaysia; New Zealand; Filipina; Singapura; Thailand; dan Amerika Syarikat.
AELM yang pertama telah dipengerusikan oleh Amerika Syarikat di Blake Island, Washington pada 20 November 1993.
APEC terdiri daripada sebanyak 21 ekonomi di rantau Asia-Pasifik iaitu Australia; Negara Brunei Darussalam; Canada; Chile; Republik Rakyat China; Hong Kong, China; Indonesia; Jepun; Republik Korea; Malaysia; Mexico; New Zealand; Papua New Guinea; Peru; Republik Filipina; Persekutuan Rusia; Singapura; Chinese Taipei; Thailand; Amerika Syarikat; dan Viet Nam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]