FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Festival Keluarga Harmoni : Satukan, Eratkan Hubungan Kekeluargaan


Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 November 11th, 2023  |  08:23 AM  |   167 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Festival Keluarga Harmoni bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) Negara Brunei Darussalam kali ke-11 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad, 12 November 2023 bertempat di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dan Taman Mahkota Jubli Emas.

 

Acara adalah anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan YSHHB.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran Festival berkenaan diadakan petang tadi dan berkenan berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Penasihat Bersama dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HKK 2023 dan isteri.

 

Berangkat sama, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Metassan bin Haji Tahir.

 

Majlis kemudian menjunjung Yang Teramat Mulia bagi merasmikan pelancaran Festival Keluarga Harmoni di Centre Stage, Kompleks YSHHB.

 

Selesai acara perasmian, YTM kemudian dijunjung berangkat melawat ke 'One Stop Family Hub' dan berkenan menyaksikan pameran.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM seterusnya dijunjung berangkat untuk menyaksikan persembahan daripada Makan Ceria Sdn. Bhd. di Centre Stage dan meneruskan lawatan ke Open Plaza Kompleks YSHHB bagi menyaksikan aktiviti riadah keluarga, pameran info keluarga dan aktiviti keusahawanan.

 

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, para pegawai kanan kerajaan dan rakan-rakan strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) berserta ahli keluarga masing-masing.

 

Tujuan utama Festival Keluarga Harmoni berkenaan diadakan adalah untuk menyatukan, menyantunkan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan penuh rasa kasih sayang, tanggungjawab serta memupuk rasa hormat-menghormati dan juga pemedulian dalam diri setiap keluarga.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48