FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


DPMM FC Menang 1 - 0 Ke Atas Young Lions FC


Foto : Tangkap Layar YouTube Singapore Premier League

 


 November 5th, 2023  |  09:31 AM  |   8377 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

Pasukan Brunei DPMM FC mengesahkan tiket ke perlawanan separuh akhir Piala Singapura 2023 setelah menang ke atas Young Lions FC, 1 - 0 pada saingan perlawanan bagi Kumpulan 'A' yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

 

Pemain import Brunei DPMM FC, Farshad Noor muncul wira bagi pasukannya setelah menghadiahkan gol tunggal pada separuh masa pertama perlawanan.

 

Kedua-dua pasukan lebih awal bersaing dengan berhati-hati dan masing-masing berusaha mencari ruang untuk membolosi gawang lawan namun Pasukan Brunei DPMM FC lebih banyak menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa peluang jaringan namun sepakan berkenaan jelas tersasar.

 

Memasuki 30 minit masa perlawanan, Brunei DPMM FC, di bawah kendalian Adrian Pennock, bijak mengubah rentak permainan sehinggalah mencipta gol pembukaan melalui sepakan tajam Farshad Noor yang gagal didakap oleh penjaga gawang Young Lions FC, Umayr Sujuandy.

 

Young Lions FC di bawah kendalian Nazri Nasir yang belum meraih sebarang jaringan pada dua perlawanan terdahulu, turut melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gawang pelawat namun penjaga gol Brunei DPMM FC, Kristijan Naumovski serta barisan pertahanan lebih bersedia mempertahankan benteng daripada dibolosi.

 

Kapten Pasukan, Azwan Ali Rahman hampir sahaja menambah jaringan bagi Brunei DPMM FC pada minit ke-38 perlawanan namun jaringannya tidak dikira apabila penjaga garisan terlebih dahulu mengangkat bendera menandakan 'offside'.

 

Memasuki babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan mula bertindak ganas dengan bertindak berbalas serangan.

 

Young Lions FC hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-51 melalui tandukan Muhammad Amiruldin Asraf yang menyarung jersi 40, tepat memasuki gawang namun jaringan tersebut sekali lagi dinafikan oleh pengadil apabila ia dikira 'offside'.

 

Pemain pertahanan Brunei DPMM FC, Muhammad Hanif Hamir dilayangkan Kad Kuning setelah menjatuhkan Muhammad Amiruldin Asraf di dalam petak penalti sekali gus memberikan peluang keemasan kepada Young Lions FC apabila memperoleh sepakan penalti.

 

Walau bagaimanapun, sepakan penalti berkenaan gagal dimanfaatkan apabila sepakan Muhammad Farhan Zulkifli berjaya didakap kemas oleh Kristijan Naumovski.

 

Kedudukan bertahan 1 - 0 sehingga wisel penamat dibunyikan dan keputusan memihak kepada Brunei DPMM FC.

 

Dengan keputusan tersebut, Brunei DPMM FC kekal menerajui tangga teratas dalam Kumpulan 'A' dengan 10 mata hasil daripada empat perlawanan.

 

Sementara itu, pada perlawanan lain bagi Kumpulan 'A' yang berlangsung di Our Tampines Hub, Geylang International FC tewas 1 - 3 kepada Tampines Rovers FC.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47