FacebookInstagramTwitterContact

 

Presentation of Appointment Letters           >>           Munajat Night           >>           His Majesty arrives in Bangkok           >>           His Majesty leaves for Thailand           >>           Every NSFW Confession Meghan Trainor Has Made About Her Marriage To Daryl Sabara           >>           Demi Lovato's Chic Hair Transformation Is Cool For The Summer           >>           Keep Your Heart Healthy By Eating More Arugula, Spinach, And Beets           >>           Study Shows How Bacteria Can Affect Your Mood           >>           Reddit is back online after a major outage forced everyone to touch grass           >>           Which Of The AFC U-23 Asian Cup's Final Four Are Favourites To Be Crowned Champions?           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Hari Sukan ASEAN : Pupuk Perpaduan, Persefahaman Masyarakat ASEAN


Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 October 30th, 2023  |  09:31 AM  |   8908 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sempena Sambutan Hari ASEAN Ke-56 tahun, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kedutaan ASEAN di Negara Brunei Darussalam pagi tadi menganjurkan Hari Sukan ASEAN 2023 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

 

Hari Sukan ASEAN berkenaan merupakan komitmen semua negara ahli ASEAN yang telah dipersetujui semasa Senior Official Meeting on Sports (SOMS) yang berlangsung pada November 2018 di Myanmar.

 

Ia diraikan setiap 8 Ogos dengan tujuan untuk mengeratkan persahabatan dan memupuk perpaduan; persefahaman dan kerjasama dalam kalangan masyarakat ASEAN.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Turut hadir, Duta-duta Besar dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi daripada negara-negara ASEAN; Setiausaha Tetap-setiausaha tetap; Timbalan Setiausaha Tetap dan para pegawai kanan dari kementerian-kementerian.

 

Acara dimulakan dengan senamrobik, diikuti dengan acara walkaton beramai-ramai yang turut disertai oleh tetamu kehormat.

 

Antara aktiviti yang turut diketengahkan pada Hari Sukan ASEAN berkenaan ialah pameran dan pertunjukan permainan tradisi negara-negara ASEAN.

 

Penyertaan acara berkenaan dibukakan kepada orang ramai termasuk komuniti ASEAN secara percuma.

 

Hari Sukan ASEAN pada tahun ini merupakan kali kedua ia diadakan. Hari Sukan ASEAN berkenaan buat julung kalinya diadakan pada 2019 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48