Home > In The Court
Seludup Rokok : Lelaki Asing Dipenjara, Sebat
October 27th, 2023 | 08:10 AM | 3833 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Indonesia diperintahkan untuk menyelesaikan denda berjumlah BND24,900,000 atas kesalahan menyeludup rokok dan melanggar undang-undang imigresen.
Tertuduh, Sumardi, berusia 40 tahun didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan dan 14 hari serta tiga kali sebatan oleh Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.
Jika gagal membayar denda tersebut akan menjalani hukuman penjara tambahan selama tiga tahun.
Mengikut pertuduhan, defendan telah menyeludup sejumlah 2,260,289 paket rokok. Defendan juga didapati memasuki Negara Brunei Darussalam tanpa pas yang sah meskipun dia mengetahui dirinya disenaraikan sebagai individu dilarang masuk ke negara ini.
Berdasarkan bukti semasa perbicaraan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor 'Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mendedahkan bahawa Pegawai Pencegahan Kastam telah menyerbu kediaman tertuduh di Jalan Panchor Murai Kulapis, Kampung Pengkalan Batu pada 11 Januari lalu sekitar jam 5.00 petang.
Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan timbunan rokok yang disimpan di dalam kabin porter di luar rumah.
Pihak berkuasa seterusnya mendedahkan tertuduh telah menyelinap masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui sungai menggunakan bot dari negara jiran dan menuju ke Jeti Bangar di Daerah Temburong.
Dia kemudian mencari jalan ke kediaman tersebut dengan menaiki kereta kenalannya. Tertuduh mengakui tujuannya memasuki negara ini secara haram adalah untuk memperoleh BND500 sebulan sebagai penjaga kediaman tersebut.
Duti yang tidak dibayar untuk rokok itu berjumlah lebih BND1 juta. Mahkamah seterusnya mengarahkan rokok itu dihapuskan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]