FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Brunei DPMM FC Tumpaskan Geylang International FC


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Tangkap Layar YouTube Singapore Premier League

 


 October 23rd, 2023  |  08:13 AM  |   5962 views

SINGAPURA

 

Pasukan Brunei DPMM FC menumpaskan Geylang International FC dengan jaringan 4 - 1 pada perlawanan Piala Singapura 2023 yang berlangsung di Our Tampines Hub, Singapura.

 

Gol tunggal Geylang International FC dijaringkan oleh Iqbal Hussain pada minit ke-9 menerusi sepakan penalti.

 

Selepas mencetak gol pertama, Geylang International FC terus berusaha gigih untuk membolosi gawang Brunei DPMM FC, namun berjaya dipintas oleh penjaga gawang pasukan berkenaan, Kristijan Naumovski.

 

Brunei DPMM FC membalas serangan tersebut dan berjaya menjaringkan gol pertama hasil sepakan Hakeme Yazid pada minit ke-23.

 

Pada minit ke-38, gawang Geylang International FC sekali lagi digegarkan apabila Farshad Noor menjaringkan gol kedua buat Brunei DPMM FC. Andrey Voronkov menambah jaringan ketiga buat Brunei DPMM FC pada minit ke-43 sekali gus meletakkan Brunei DPMM FC dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama.

 

Separuh masa kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari penyudah.

 

Namun, Brunei DPMM FC terus memperkukuhkan serangan dan pada minit ke-68, Hanif Farhan berjaya menghadiahkan gol keempat untuk Brunei DPMM FC.

 

Brunei DPMM FC berada dalam kedudukan teratas Kumpulan 'A' mengatasi Albirex Niigata FC (S) yang berada di kedudukan kedua. Kumpulan tersebut juga menempatkan Tampines Rovers FC, Geylang International FC dan Young Lions.

 

Brunei DPMM FC akan bertemu Young Lions pada 4 November 2023 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48