Home > In The Court
Padah Miliki Barang Tegahan
October 14th, 2023 | 07:35 AM | 4575 views
BELAIT
Akibat barang tegahan, seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND13,700 atau 13 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.
Hukuman diputuskan oleh Majistret Syaffina binti Shahif, di Mahkamah Majistret Kuala Belait, di sini.
Tertuduh, Khairuldin bin Morshidi, mengaku bersalah dan didakwa memiliki 18 karton dan satu paket rokok pelbagai jenis.
Tertuduh berumur 44 tahun, ditangkap oleh Pegawai Pemeriksa Kastam, Pos Kawalan Sungai Tujoh di bahagian masuk pos tersebut pada 30 Ogos 2022, jam 12 tengah hari.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan ke pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]