Home > In The Court
Dipenjara, Denda Kerana Tinggal Lebih Masa
October 14th, 2023 | 07:33 AM | 3144 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita warganegara Indonesia, dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara dan denda sebanyak BND500, di Mahkamah Majistret, di sini.
Majistret Harnita Zelda Skinner menjatuhkan hukuman tersebut setelah Samiatun, berumur 58 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen, Penggal 17.
Majistret Harnita Zelda Skinner juga menambah hukuman satu bulan penjara kerana defendan gagal membayar denda berkenaan.
Samiatun didakwa melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam setelah Pas Imigresennya mansuh.
Pada 11 Oktober 2023, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) menjalankan Operasi Sakat di sebuah rumah di Kampung Lambak Kiri.
JIPK menjalankan siasatan, di mana mendapati bahawa defendan kali terakhir memasuki ke negara ini pada 18 Jun 2019 di bawah tajaan Lilee and Fuad Enterprise, sebagai pelayan.
Dalam rekod, ini merupakan kesalahan pertama defendan, di bawah Akta Imigresen.
Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya, di JIPK, Mohd. Zul Azri bin Haji Ranee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]