Home > In The Court
Didenda Kerana Memiliki Pelbagai Jenis Rokok
October 13th, 2023 | 08:14 AM | 1929 views
KUALA BELAIT
Seorang lelaki warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Belait atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.
Majistret Syaffina binti Shahif membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh, Khairuldin bin Morshidi, berusia 44 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman.
Defendan telah dijatuhkan hukuman denda Mahkamah sebanyak BND13,700 atau 13 bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, defendan didakwa memiliki pelbagai jenis rokok, iaitu 18 karton rokok dan satu paket rokok pelbagai jenis.
Defendan ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Bahagian Masuk, Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 30 Ogos 2022.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan ke pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]