FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Aktiviti Penyeludupan Barang Tegahan Berjaya Ditumpaskan


 


 October 11th, 2023  |  12:22 PM  |   1177 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui pemeriksaan di laluan masuk Pos Kawalan Kuala Lurah dan gerakan operasi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang di kawasan perairan Kampung Kota Batu telah berjaya membuat kes-kes tangkapan barang-barang tegahan Kastam melibatkan rokok dan minuman keras.

 

Hasil pemantauan dan pemeriksaan JKED di Pos Kawalan Kuala Lurah pada Ahad, 10 September 2023, JKED telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 31 tahun atas kesalahan mencuba untuk membawa masuk barang-barang tegahan Kastam iaitu 720 tin dan 60 botol minuman keras pelbagai jenis.

 

Menurut rekod JKED, bulan September 2023 telah mencatatkan jumlah kes tangkapan tertinggi di Pos Kawalan Kuala Lurah iaitu sebanyak 20 kes tangkapan, yang melibatkan cubaan menyeludup masuk minuman keras. Hasil tangkapan-tangkapan berkenaan, JKED telah menahan seramai 24 orang individu.

 

Dalam gerakan operasi yang telah dijalankan pada Rabu, 4 Oktober 2023 di kawasan perairan Kampung Kota Batu, JKED telah berjaya merampas 100 karton rokok pelbagai jenama, 982 tin dan 24 botol minuman keras pelbagai jenis dan sebuah perahu berukuran 15 kaki berserta enjin yang digunakan untuk membawa barang-barang tersebut.

 

Kesemua barang-barang tegahan terbabit telah dihukum rampas dan individu-individu terlibat telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang, JKED untuk siasatan lanjut.

 

Dalam perkara ini, JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar untuk sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara dan menghindari dari melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan Kastam. Memiliki barang-barang tegahan kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 140, Perintah Kastam 2006 atau Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

 

JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED.

 

Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan Kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan Kastam dengan menghubungi JKED melalui talian utama JKED +673 8714422 / +673 8721422 atau ke pejabat Kastam yang berdekatan. Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06