Home > In The Court
Warga Emas Dijatuhkan Hukuman
September 28th, 2023 | 08:32 AM | 1490 views
KUALA BELAIT
Seorang perempuan, warga emas penduduk tetap dijatuhkan hukuman denda atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Ngu Suk Leng, 64 tahun didenda sebanyak BND7,500 atau tujuh bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda tersebut.
Hukuman terhadap defendan dijatuhkan oleh Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid di Mahkamah Majistret, Kuala Belait, di sini.
Defendan didakwa memiliki 78 tin minuman keras pelbagai jenis dan 49 botol minuman keras pelbagai jenis tanpa permit dan kebenaran yang sah.
Defendan ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Cawangan Belait di sebuah rumah di kawasan Jalan Maulana Daerah Belait pada 31 Januari 2022.
Semua barang yang terlibat iaitu 78 tin minuman keras pelbagai jenis dan 49 botol minuman keras pelbagai jenis dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]