Home > In The Court
Didenda Kerana Miliki Pelbagai Jenis Minuman Keras
September 28th, 2023 | 08:31 AM | 1402 views
KUALA BELAIT
Mahkamah Majistret Kuala Belait, hari ini, menjatuhkan hukuman BND7,200 ke atas seorang lelaki warganegara Malaysia atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Jika gagal membayar denda, Wong Lee Ming (defendan) akan dijatuhkan hukuman tujuh bulan penjara.
Hukuman dijatuhkan oleh Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.
Defendan yang berusia 44 tahun, didakwa atas kesalahan kerana memiliki 153 tin minuman keras pelbagai jenis dan 53 botol minuman keras pelbagai jenis tanpa permit dan kebenaran yang sah.
Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, menjalankan tangkapan terhadap defendan pada 31 Januari 2022 di sebuah rumah di kawasan Jalan Maulana Daerah Belait.
Semua barang yang terlibat iaitu 153 tin minuman keras pelbagai jenis dan 53 botol minuman keras pelbagai jenis dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]