FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UTAP : Kemajuan Teknologi Merevolusikan Kaedah Pengukuran


Foto: Md Zul-Izzi Haji Duraman

 


 September 21st, 2023  |  08:06 AM  |   238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seminar Ukur Tanah Asas Pembangunan (UTAP) 2023 yang membawa tema 'Seizing the Future: Geospatial Technology Optimisation' adalah sejajar dengan Matlamat Pelan Strategik Ke-3 Kementerian Pembangunan, iaitu pengoptimuman sumber dan aset terutamanya, melalui usaha untuk pembangunan bersepadu dan mampan.

 

Menurut Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dayang Aldila binti Haji Mohammed Salleh, dalam konteks tinjauan, ia adalah untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi.

 

Berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Perasmian UTAP di The Centrepoint Hotel, Gadong, Dayang Aldila seterusnya menambah, dunia sedang berkembang pesat, dan begitu juga dengan profesion ukur (survey).

 

Kemajuan teknologi katanya, merevolusikan cara mereka menjalankan pengukuran, membolehkan mereka mengumpul data dengan lebih cekap, tepat dan komprehensif berbanding sebelum ini.

 

Jelasnya lagi, kemunculan alat dan teknik canggih, seperti penderiaan jauh (remote sensing), sistem maklumat geografi (GIS), dron, pengimbasan 3D, dan kecerdasan buatan (artificial intelligence), membuka satu dunia kemungkinan untuk diterokai.

 

"Dalam dunia yang saling berkaitan dan pantas hari ini, masa adalah penting. Kaedah mengukur tradisional, walaupun boleh dipercayai, selalunya memerlukan masa dan sumber yang besar.

 

"Walau bagaimanapun, teknologi menganugerahkan kepada kami pelbagai alatan yang luar biasa yang boleh menyelaraskan aliran kerja kami, meningkatkan produktiviti kami dan memberikan hasil dengan ketepatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini," ujarnya lagi.

 

Seminar UTAP 2023 dianjurkan bersama oleh Jabatan Ukur dengan Brunei Institution of Geomatics (B.I.G), yang dimulakan dengan ucaptama dari Honorary President ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG), Tuan Gerry Ong.

 

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Our Professions Critical Role Within Climate Change Space' mengenai sumbangan profesion kepada pihak berkepentingan yang terlibat dalam pelbagai inisiatif dan projek berkaitan dengan perubahan iklim.

 

Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan di seminar berkenaan, iaitu 'Understanding Environmental Change Using Geospatial Techniques' yang dibentangkan oleh Pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam, Gabriel Yong; 'Developments in Geospatial Technology : Flood Modelling for Sungai Belait' merupakan kertas kerja daripada Pengarah Urusan bagi Kejuruteraan dan Persekitaran Integrasi Sdn. Bhd., Warwick Newall;

 

'Tectonic Motion of Brunei Darussalam : Analysis from 2011 – 2020' yang dibentangkan oleh Juruukur dari Jabatan Ukur, Awang Muhammad Hadi bin Haseri.

 

Sementara itu, kertas kerja bertajuk 'Using LiDAR Data in Multipurpose Cadastre Development of Brunei Darussalam' pula dibentangkan oleh Pengarah Operasi Syarikat Juruukur Fadly, Awang Zulfadli bin Haji Mahadi; diikuti dengan kertas kerja bertajuk 'Laser Scanner in Action' yang dibentangkan oleh Awang Amy Wahid, pegawai wakil daripada Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd.; dan kertas kerja bertajuk 'Future of Land Surveying' daripada Juruukur Tanah Berlesen / Pengarah Urusan Juruukur Bersatu Konsultan, Yong Teck Nyek,.

 

Turut hadir di seminar berkenaan ialah ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta pegawai dan kakitangan daripada agensi kerajaan dan swasta yang dijemput.

 

UTAP 2023 turut disokong penuh oleh beberapa rakan media rasmi, iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB); Jabatan Penerangan (Pelita Brunei); dan Brunei Press Sdn. Bhd. Seminar UTAP pernah diadakan pada tahun 2014.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55