FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gallopair, COMAC Meterai LOI Dalam Penerbangan


 


 September 21st, 2023  |  07:59 AM  |   235 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

GallopAir, syarikat penerbangan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang baharu dimulakan, dan Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC), peneraju global dalam penerbangan, berkumpul pada 15 September 2023 semasa Ekspo China-ASEAN (China-ASEAN Expo-CAEXPO) Ke-20 menandakan peristiwa penting dalam sejarah penerbangan.

 

Majlis berkenaan adalah pemeteraian Letter of Intent (LOI) yang ditetapkan untuk membentuk semula landskap penerbangan di Asia Tenggara dan seterusnya.

 

LOI ditandatangani di hadapan para pemimpin dan orang kenamaan, termasuk tokoh penting daripada bidang politik dan perniagaan China, dan pegawai kanan Kerajaan NBD.

 

Dari pihak China, acara bersejarah berkenaan dihadiri Setiausaha Jawatankuasa Parti Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Liu Ning; Setiausaha Parti dan Pengerusi COMAC, He Dong Feng; Ahli Tetap Jawatankuasa Parti Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Zhou Yi Du; Timbalan Pengurus Besar China Commercial Aircraft Company Ltd, Shen Bo; dan Kaunselor Komersial Pejabat Komersial kedutaan China di NBD, Shi Rong Ke.

 

Manakala menyaksikan pemeteraian bagi pihak NBD, ialah Duta Besar Istimewa Dan Mutlak NBD Ke Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Awang Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan Dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan DARe, Daniel Leong; dan Pengerusi dan Pemilik GallopAir, Yang Qiang.

 

Manakala,  menandatangani LOI berkenaan bagi mewakili pihak GallopAir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Cham Chi; dan Timbalan Pengarah, Jawatankuasa Pemasaran dan Jualan COMAC, Yang Yang.

 

Penandatanganan tersebut menandakan visi bersama untuk merevolusikan perjalanan udara, memupuk pembangunan ekonomi dan meningkatkan kesalinghubungan serantau.

 

Butiran LOI termasuk hasrat GallopAir untuk membeli sejumlah 30 pesawat, terdiri daripada 15 pesawat ARJ21, tiga daripadanya adalah kapal kargo, sebuah jet perniagaan ARJ21, sebuah pesawat perubatan ARJ21, dan 15 pesawat C919 bernilai USD2 bilion.

 

Operasi penerbangan dijangkakan akan bermula pada suku ketiga 2024. Pesawat daripada COMAC perlu melalui proses Type Certification dan usaha wajar oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), NBD. Selepas kelulusan Type Certification diperoleh, proses penghantaran pesawat akan bermula.

 

Diilhamkan daripada perbincangan yang diadakan semasa Sidang Kemuncak 2019 di antara Presiden China, Xi Jinping dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan penerokaan sinergi inisiatif 'Belt and Road' dan strategi Wawasan Brunei 2035, kerjasama berkenaan bertujuan untuk memanfaatkan potensi China dalam keupayaan pembuatan pesawat domestik bagi  mencipta syarikat penerbangan yang selamat, boleh dipercayai, moden dan mengutamakan pelanggan.

 

Penandatanganan LOI berkenaan merupakan detik penting bagi industri penerbangan, dengan implikasi yang mendalam terhadap NBD dan rantau Asia Tenggara yang lebih luas.

 

Ini sekaligus menjadi rakan kongsi strategik yang bertujuan untuk membentuk semula masa depan perjalanan udara, sejajar dengan matlamat bercita-cita tinggi sinergi inisiatif 'Belt and Road' dan strategi Wawasan Brunei 2035, dalam rangka kerja Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA).

 

Majlis Penandatanganan Perjanjian berkenaan adalah usaha kolaboratif, dengan kedua-dua pihak menyatakan komitmen mereka untuk memajukan daya hidup ekonomi di rantau ini dan memupuk pertukaran rakyat dengan rakyat dan juga pelancongan.

 

Dengan matlamat untuk menjadikan NBD sebagai hab penerbangan yang penting dalam penyatuan penumpang serantau, rakan kongsi berkenaan menonjolkan peranan penting NBD dalam landskap penerbangan Asia Tenggara.

 

GallopAir, dengan kumpulan pesawat COMAC, bersedia untuk meningkatkan ketersambungan serantau, menawarkan penerbangan terus yang menghubungkan NBD ke bandar-bandar di Asia Tenggara, Asia Utara dan wilayah Pasifik Barat Daya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04