FacebookInstagramTwitterContact

 

Eminem's Daughter Hailie Jade Marries Evan Mcclintock With Her Dad By Her Side           >>           Blue Origin Successfully Sends Tourists To The Edge Of Space Again After A Long Hiatus           >>           Here Are Dell’s Five New Copilot+ Pcs           >>           Microsoft rebuilt Windows 11 around AI and Arm chips           >>           Microsoft's New Copilot+ Surface Pro Has An OLED Screen And A Redesigned Keyboard           >>           Unfazed By Delayed Start To Season, Johor Darul Ta'zim Immediately Pick Up Where They Left Off           >>           USWNT's Williams Passes Kerr As All-Time NWSL Goal Scorer           >>           Brazil Replace Injured Keeper Ederson In Copa America Squad           >>           Barcelona Coach Xavi Condemns Anti-Laporta Chants: We're 'Family'           >>           PSG End Season With Easy Win, While Brest Clinch UCL Spot           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terapkan Nilai Integriti Dalam Urus Tadbir Persatuan


 


 September 21st, 2023  |  07:26 AM  |   64 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berikutan dengan penyebaran isu mengenai pembangunan sukan khususnya sukan bola sepak yang tular di media-media sosial termasuk aplikasi WhatsApp baru-baru ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ingin memaklumkan bahawa kementerian ini sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran terbaik bagi kemajuan sukan demi mencapai kecemerlangan negara dalam sukan berdaya saing, pembangunan sukan dan kesejahteraan masyarakat selaras dengan hala tuju Pelan Strategik KKBS.

 

Pihak KKBS mengambil maklum bahawa setiap persatuan mempunyai perlembagaan dan memperuntukkan bagi proses pelantikan serta pemilihan pemegang jawatan yang dinilai dan dipilih oleh ahli-ahli persatuan tanpa campur tangan daripada pihak luaran.

 

Oleh itu, kementerian berkenaan juga mengingatkan bahawa mana–mana pemegang jawatan yang dilantik di setiap persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan (Penggal 203) di Negara Brunei Darussalam atau Registrar of Societies (ROS) hendaklah menegakkan tadbir urus yang baik dan melaksanakannya dengan telus dan berintegriti dari segi pengambilan ahli persatuan, pemilihan atlet, pelantikan dan perbelanjaan kewangan.

 

Dalam hal ini, mana-mana pemegang jawatan yang dipilih mestilah memikul tanggungjawab dengan penuh amanah dan mengamalkan prinsip pengurusan yang telus dan tadbir urus serta akauntabiliti yang baik.

 

Setiap persatuan, selaras dengan perlembagaan masing-masing, hendaklah menghadapkan laporan kewangan yang diaudit setiap tahun kepada Pendaftar Pertubuhan atau ROS dan mana-mana 'query' di dalam laporan audit hendaklah dijawab dan mana-mana isu dan perkara yang ditimbulkan di dalam laporan audit hendaklah disiasat secara terperinci oleh pihak yang berkenaan bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan peraturan kewangan persatuan-persatuan.

 

Setentunya, jika didapati ada sebarang pelanggaran peraturan kewangan atau peraturan perlembagaan persatuan masing-masing, tindakan sewajarnya hendaklah diambil.

 

Ini adalah bagi mengelakkan aktiviti sukan serta para atlet sukan daripada terjejas dan juga untuk menjaga imej negara di persada antarabangsa.

 

Perkara berkenaan bukanlah unik kepada NBD sahaja, malah ia juga merupakan amalan yang dipraktikkan di luar negara yang menghendaki persatuan yang berdaftar untuk menepati piawaian tadbir urus yang ditetapkan termasuk menghadapkan laporan kewangan apabila dikehendaki termasuk persatuan yang bergabung dengan pertubuhan sukan antarabangsa.

 

Integriti merupakan prinsip asas yang harus dipegang teguh oleh semua persatuan di negara ini, tidak kira dalam bidang sukan mahupun dalam bidang yang lainnya.

 

Ia adalah landasan utama dalam membina kepercayaan awam, menjaga kredibiliti, dan memastikan pengurusan yang telus dan adil.

 

KKBS akan sentiasa mendukung semua persatuan di negara ini dalam usaha mereka untuk memastikan integriti menjadi nilai sentral dalam tadbir urus mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04