FacebookInstagramTwitterContact

 

Mysterious Eerie Pillars Of Light Appeared In The Sky But The Source Is Very Mundane           >>           Improve Cognitive Performance And Attention With Good Fats And Nutrition           >>           7 Reasons To Drink Warm Water Every Day           >>           New Research Places The Sun's Magnetic Field Close To The Surface, Upending Decades Of Theories           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Anker Power Banks Are Up To Half Off Ahead Of Memorial Day Weekend           >>           Openai Will Reportedly Pay $250 Million To Put News Corp's Journalism In Chatgpt           >>           JPMC College of Health Sciences Open Day           >>           Various Activities in conjunction with Brunei Malay Quatrain Festival           >>           Bluesky Finally Has Dms, With Encrypted Messaging Coming ‘Down The Line’           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dikir Maulud Terus Bersemarak


Foto: Mohamad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 September 19th, 2023  |  08:04 AM  |   104 views

KIARONG

 

Dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, laungan dikir dan selawat bergema terutamanya di masjid-masjid, balai-balai ibadat dan surau di seluruh negara.

 

Di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Majlis Berdikir Syarafil 'Anam 12 Malam Berturut-Turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1445 Hijrah bersamaan 2023 Masihi turut dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dan dikendalikan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, lewat petang tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan mengetuai rombongan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

 

Majlis merupakan aktiviti tahunan yang disertai oleh Kementerian Pembangunan, bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan kementerian.

 

Majlis yang dimulai selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan Dikir Assalamualaika disusuli dengan Dikir-dikir Syarafil Anam yang lain.

 

Majlis diakhiri dengan Doa Dikir serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya juga akan mengadakan majlis seumpama ini di beberapa masjid yang terpilih di seluruh negara bagi sama-sama memakmurkan dan mengimarahkan masjid di samping memperbanyakkan dikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Turut hadir, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan kerajaan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05