FacebookInstagramTwitterContact

 

Water Valve Repair Works           >>           Signing Ceremony           >>           Active Weather Conditions are expected to Start Tomorrow           >>           Informed Society Programme           >>           Art Exhibition           >>           Visit to Important Locations in Islamic History           >>           Signing of the Memorandum of Understanding           >>           Borneo Islamic International Conference Presentation           >>           155th Session of W.H.O. Executive Board Meeting           >>           Borneo Islamic International Conference Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cuaca NBD Dijangka Aktif Hingga 22 September


 


 September 19th, 2023  |  07:53 AM  |   60 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) pada ketika ini berada di penghujung Monsun Barat Daya, di mana angin Barat Daya semakin lemah.

 

Angin Barat Daya yang lemah bertembung dengan angin dari arah Timur Laut yang kuat pada minggu ini yang menyebabkan keadaan atmosfera yang lembap dan mengakibatkan cuaca yang aktif untuk beberapa hari akan datang.

 

Stesen Pencerapan Cuaca, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah merekodkan turunan hujan sejumlah 329.6 mm sejak 1 September 2023.

 

Jumlah ini telah mencapai jumlah turunan hujan sedikit di atas normal, yang mana jumlah normal bagi bulan September (1991-2020) iaitu 235.1 mm.

 

Keadaan cuaca aktif dijangka berlaku bermula hari ini, 18 September 2023 sehingga Jumaat, 22 September 2023, dengan hujan lebat berpetir sekali-sekala dijangka menjejaskan kebanyakan kawasan negara.

 

Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 45 kmsj semasa atau dekat hujan lebat berpetir. Keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, antara 0.4 dan 0.8 meter.

 

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Terdapat risiko tinggi berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

 

Kejadian pokok tumbang dan tanah susur juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin. Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

 

Pihak jabatan akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

 

Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan.

 

Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang 'www.met.gov.bn' atau melalui laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@brunei.weather) dan saluran Telegram kami (Brunei Weather).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Allies Back Modi For Third Term After Election Setback

 2024-06-06 00:48:53

Court Rules Google Must Face £13.6bn Advertising Lawsuit

 2024-06-06 00:25:48