FacebookInstagramTwitterContact

 

Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Launching of BNSRC 'Frontiers'           >>           Activities in conjunction with Civil Service Day           >>           Dawn Talk in conjunction with Civil Service Day           >>           Apple will reportedly offer higher trade-in credit for old iPhones for the next two weeks           >>           Blue Origin successfully sends tourists to the edge of space again after a long hiatus           >>           Inter Miami Finding Ways To Win Without Messi As Copa America Looms           >>           Philadelphia Cruise Past New England To End Winless Run           >>           Messi Returns As Miami Strikes Late To Beat D.C. United           >>           Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Malam Anugerah BCF 2023 Iktiraf Penggiat Seni Tempatan


 


 September 13th, 2023  |  08:40 AM  |   171 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Anugerah Brunei Content Festival (BCF) 2023, anjuran Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), merupakan acara yang dinanti-nantikan yang mana ia kembali lagi untuk tahun kedua pada tahun ini.

 

Sehubungan itu, Malam Anugerah BCF 2023 telah berlangsung hari ini di Tarindak D'Seni, di ibu negara dan hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pengerusi AITI, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Eksekutif, AITI, Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar yang antara lain menjelaskan pihak AITI meneruskan lagi inisiatif BCF sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan kreativiti dalam pembuatan kandungan tempatan, mempromosikan kandungan-kandungan TV dan penyiaran tempatan serta memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan, penerbit, pengarah, pembuat filem dan penggiat-penggiat seni kandungan.

 

Pada tahun ini katanya, BCF turut mengetengahkan aktiviti Screening and Exhibition yang diadakan pada 8 September lalu bertempat di Atrium, The Mall, Gadong selama tiga hari dan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton kandungan-kandungan tempatan, drama dan filem pendek yang dihasilkan oleh peserta-peserta Pertandingan BCF 2023.

 

“Beberapa pameran oleh industri penerbitan dan penyiaran serta institusi-institusi pengajian tinggi, berserta aktiviti-aktiviti 'talk shows, talent scouting' dan sesi-sesi perkongsian menarik bersama penggiat-penggiat kandungan tempatan juga telah diselitkan sepanjang acara Screening and Exhibition tersebut diadakan," tambahnya.

 

Sementara itu, laporan penghakiman telah disampaikan oleh Dayang Nurain binti Abdullah selaku Ketua Juri dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para penerima anugerah yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

 

Bagi Kategori Industri, Drama Terbaik dimenangi oleh I want to Be #Femes - Lailatul Shazanas Studio; Komedi Terbaik dimenangi oleh The Headliners - Bruhaha Comedy; Seram Terbaik dimenangi oleh Selamat Malam 2022 - Visionary Project Film; dan Iklan Terbaik dimenangi oleh Triple Cheeseburger - Nadzri Presents Enterprise.

 

Bagi Kategori Terbuka, Identiti Brunei Terbaik dimenangi oleh Merdeka - A'aqiil Ahmad; Filem Pendek Terbaik dimenangi oleh Cinta dan Harapan - Wardah Hakimah binti Haji Gulihana; Video Muzik Terbaik dimenangi oleh Leka nyanyian Fauzan & Fathin AMJ - Muhammad Adam Chong; dan Filem Pendek Terbaik Institut Pengajian Tinggi dimenangi oleh Nilai Part 1 - Dzul Shamsol dari Universiti Brunei Darussalam.

 

Di samping itu, peserta-peserta juga berpeluang untuk memenangi lapan Anugerah Juri iaitu Sinematografi Terbaik dimenangi oleh Sampul - New Wave Films; Editing Terbaik dimenangi oleh Fasa - Nur Faralisa Nabilah Zulfikri; Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Shafiee Mostar; Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Nabilah Hamid; Pengarah Terbaik dimenangi oleh Video Muzik Alamat Hati nyanyian Mu'iz Bakar - Mui'z Bakar; Konsep Terbaik dimenangi oleh Mari Iski Bercerita - Adam Syed; Konten Media Sosial Terbaik dimenangi oleh Azim Ghani Mercedes - Swanz & Troqy - A Mancientry Original Company; dan Persembahan Terbaik dimenangi oleh video muzik Gurindam nyanyian Masita Tamil - Juan Madial.

 

Pemenang-pemenang bagi Kategori Industri dan Terbuka telah menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND2,000, manakala pemenang-pemenang Anugerah Juri pula telah menerima sebuah trofi, sijil penghargaan serta wang tunai sebanyak BND500.

 

Anugerah BCF merupakan satu platform pertandingan untuk mengiktiraf kandungan-kandungan tempatan sebagai usaha untuk merangsang inovasi dan kreativiti dalam pembuatan kandungan.

 

Ia juga bertujuan untuk menggalakkan perkembangan dan pembuatan kandungan yang berkualiti tinggi serta berpotensi komersial yang boleh diedarkan dan disiarkan di platform televisyen atau perkhidmatan Over-the-Top (OTT).

 

Penyertaan Pertandingan BCF tahun ini sangat menggalakkan di mana adanya peningkatan yang sangat ketara berbanding dengan jumlah penyertaan tahun lalu.

 

Daripada 131 penyertaan diterima tahun ini, sebanyak 96 penyertaan telah terpilih sebagai memenuhi kelayakan dan kriteria pertandingan.

 

Kesemua penyertaan yang dipertandingkan telah dihakimi oleh panel juri yang terdiri daripada pakar-pakar industri tempatan dan luar negara, tenaga pengajar Institut Pendidikan Tinggi dan wakil daripada agensi kerajaan.

 

Penyertaan dinilai menurut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, termasuklah dari segi teknikal, kreativiti dan inovasi.

 

Turut hadir ke Malam Anugerah BCF ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof dan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48