FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pesambah Istimewa Mantan Penuntut PTE Untuk Raja Tercinta


 


 September 11th, 2023  |  20:40 PM  |   323 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Khatam Al-Quran anjuran mantan para penuntut Pusat Tingkatan Enam (PTE), Jalan Muara 1975 hingga 1978 adalah sebagai pesambah istimewa ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-77.

 

Majlis keagamaan yang berlangsung di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Jalan Bebatik Kilanas, Mukim Kilanas, di sini juga sebagai menzahirkan rasa kasih sayang ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Program tahunan yang diungkayahkan oleh mantan para penuntut PTE berkenaan juga adalah sebagai cetusan wacana taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis baginda sebagai seorang raja, pemimpin tertinggi negara yang prihatin, pemedulian dan berjiwa rakyat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, yang juga merupakan mantan penuntut PTE, Jalan Muara 1975 hingga 1978.

 

Kira-kira 120 jemputan hadir sama pada majlis penuh barakah berkenaan yang terdiri daripada mantan Pengetua dan para tenaga pengajar PTE, Jalan Muara serta lepasan para penuntut lelaki dan perempuan PTE, Jalan Muara 1975 hingga 1978.

 

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab yang dikepalai oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II diikuti bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

 

Disusuli dengan alunan bacaan Qasidah Kalamun Qadim dan Doa Sebelum Membaca Al-Quran, masing-masing diketuai bersama oleh Pengiran Haji Yunus bin Pengiran Haji Salleh dan Awang Haji Jasni bin Haji Abdul Latif.

 

Selepas itu, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim diketuai bersama oleh Pengiran Haji Yunus, Awang Haji Yakob bin Haji Yusof dan Awang Haji Jamain bin Momin.

 

Majlis disusuli dengan bacaan Takhtim beramai-ramai diketuai oleh Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar, dan juga bacaan Tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Awang Haji Yakob, yang juga memimpin bacaan Doa Khatam Al-Quran dan Doa Tahlil.

 

Manakala Dikir Marhaban (Asraqal) diketuai bersama oleh Awang Haji Jasni, Awang Haji Yakob dan Pengiran Haji Airuddin bin Pengiran Haji Mohammad.

 

Bacaan Selawat Tafrijiyyah sebanyak tiga kali menyusul selepas itu yang dikepalai oleh Pengiran Datin Paduka Hajah Masrainah binti Pengiran Haji Ahmad.

 

Sementara bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai diketuai oleh Pengiran Haji Yunus.

 

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Kesyukuran Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa Memohon Perlindungan Allah agar terhindar daripada wabak COVID-19 dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Awang Rozisham bin Haji Chuchu.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat yang disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Majlis Khatam Al-Quran, Awang Haji Jamain.

 

Terdahulu sebelum Majlis Khatam Al-Quran dimulakan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyerahkan wakaf (satu unit pendingin hawa) sumbangan ikhlas daripada mantan para penuntut PTE, Jalan Muara untuk Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit yang diterima oleh Imam Masjid berkenaan, Awang Rozisham bin Haji Chuchu.

 

Sebagai ristaan, mantan para penuntut PTE pada tahun 2013 menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai PTE Klasik Jalan Muara 1975 - 1978.

 

Sejak 10 tahun berlalu, kumpulan berkenaan bergerak secara aktif terutama sekali dalam mengungkayahkan majlis-majlis yang naratifnya berorientasikan keagamaan.

 

Menurut Setiausaha Bersama Majlis, Awang Haji Ja'afar bin Haji Ibrahim, mengambil sukut daripada Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam, mantan para penuntut PTE dengan penuh keikhlasan mengambil kesempatan untuk mewakafkan pemasangan satu unit pendingin hawa bagi kegunaan masjid berkenaan, iaitu daripada kumpulan kutipan sumbangan sedekah dan derma mantan para penuntut PTE, Jalan Muara.

 

"Kami Ahli Jawatankuasa Ad Hoc PTE Klasik Jalan Muara tergerak hati pada setiap tahun untuk menganjurkan majlis yang berkebajikan lagi penuh barakah seperti petang ini, sebagai menzahirkan rasa kasih sayang dan taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda yang diraikan pada setiap tahun di seluruh pelosok negara," ujar beliau lagi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47