FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Shows Aromatherapy With Rose Essential Oil Can Help Relieve Stress Naturally           >>           Cucumbers Recalled From 14 States Over Salmonella Scare           >>           Study: Vegan FAKE MEAT Products Linked To Cardiovascular Issues           >>           Brittany Mahomes Shares How Chiefs Kingdom Hits Different With Taylor Swift           >>           Summer House's Kyle Cooke And Amanda Batula Shut Down Breakup Rumors In The Sweetest Way           >>           Radiation Will Be A Real Challenge For Mars Colonists, Powerful Solar Storm Shows           >>           Yahoo News Gets An AI-Powered Overhaul           >>           Playstation Plus June Offerings Include Monster Hunter Rise And Three Lego Games           >>           'Only Elegant Women Allowed': S Korea Gym Draws Flak For Sign           >>           Runaway Employee           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memudahkan Pengurusan Pengebumian Jenazah


 


 August 25th, 2023  |  09:53 AM  |   65 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ke arah memberi kemudahan kepada orang ramai dalam melaksanakan kerja-kerja pengurusan pengebumian jenazah terutamanya pada waktu gelap atau waktu malam, beberapa set lampu mudah alih di masjid-masjid telah diserahkan oleh Kumpulan Tanweer yang dianggotai beberapa orang pegawai kanan kerajaan yang sedang mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) kohot ke-34.

 

Majlis penyerahan infak lampu mudah alih tersebut merupakan satu projek pendekatan kepada masyarakat ('community outreach program') dengan kerjasama perusahaan Din Al-Islam (sebuah perusahaan yang menyediakan set kelengkapan jenazah yang siap untuk digunakan).

 

Majlis berlangsung pagi tadi bertempat di Bilik Sepakat 5, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Aturcara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kumpulan Tanweer, Awang Ismayadi Sugara bin Asrul Hayati, diikuti dengan acara penyerahan set-set lampu oleh ketua kumpulan kepada imam-imam Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Kampong Pulaie dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan yang mana masjid-masjid tersebut dikenal pasti menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah.

 

Juga hadir, wakil Institut Perkhidmatan Awam, Ketua-Ketua Imam Masjid, Pemangku Ketua Kampung Kiarong 1 dan 2, Pemangku Ketua Kampung Anggerek Desa dan Kampung Pulaie, Pemangku Ketua Kampung Kawasan RPN Lambak Kanan, wakil Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) serta Pengasas Perusahaan Din Al-Islam.

 

Majlis antara lain bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan di samping memupuk budaya berinfak dalam kalangan masyarakat di negara ini dan diharap projek ini akan berjaya dalam mencapai tujuannya dengan adanya kerjasama yang padu serta sikap pemedulian daripada pelbagai pihak yang berkepentingan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Only Elegant Women Allowed': S Korea Gym Draws Flak For Sign

 2024-06-14 10:15:39

Musk Says Tesla Investors Backing Pay Deal

 2024-06-14 01:47:19