FacebookInstagramTwitterContact

 

Prize Presentation           >>           Lopez Double Move Barca Closer To Top Two Finish With Win Over Almeria           >>           Chelsea To Land £5m Bonus From Hazard's Madrid Move – Source           >>           Robin Van Persie Lands First Head Coach Role With Heerenveen           >>           Sergio Agüero Record Broken By 14-Year-Old In Argentina           >>           China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market           >>           Severn Trent Boss Defends Multi-Million Pay Packet           >>           Sir Paul Mccartney First UK Billionaire Musician           >>           Reddit Shares Jump After Openai Chatgpt Deal           >>           Is China's Bubble Tea Bubble About To Burst?           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DBP Sediakan Pelbagai Aktiviti Cuti Persekolahan


 


 August 24th, 2023  |  07:39 AM  |   98 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Aktiviti Cuti Persekolahan anjuran Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dihasrat akan dapat meningkatkan budaya membaca dan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai perpustakaan dengan menggalakkan orang ramai menjadi ahlinya.

 

Ketua Cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan, Dayang Norsalma binti Maidin ketika ditemui berkata, aktiviti yang diungkayahkan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai serta mendapat perhatian padu daripada ibu bapa.

 

"Manfaat yang dapat diperolehi oleh pengunjung khususnya kanak-kanak dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat melalui aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan semasa cuti persekolahan ini," ujarnya.

 

Beliau menyarankan orang ramai untuk terus mengunjungi mana-mana cawangan perpustakaan yang berdekatan untuk mengikuti kegiatan membaca buku dan menyertai aktiviti yang telah disediakan.

 

Aktiviti cuti persekolahan penggal kedua diadakan sejak 21 Ogos hingga 31 Ogos 2023, bermula jam 9.00 hingga 11.30 pagi.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah membaca selama 10 minit; cawan bertuah; pantun teka teki; lompat si kancil; siapa cepat, teka saya; iSpy; uji minda; simban; fokus dan sebagainya mengikut hari yang ditentukan.

 

Tujuannya aktiviti berkenaan diadakan untuk mengisi masa lapang kanak-kanak dengan mengikuti aktiviti-aktiviti melalui kegiatan luar sekolah di samping menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman serta mengeratkan lagi silaturahim di antara orang ramai dengan kakitangan perpustakaan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55