Home > Bahasa Melayu
ICU 3 Dipindah Sementara
August 24th, 2023 | 07:38 AM | 94 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Unit Rawatan Rapi 3 (ICU 3) yang terletak sebelah Bilik Bedah di Tingkat 1, Blok 4 akan berpindah sementara ke Tingkat 3, Blok 3 (berhadapan kantin dan koperasi BKSS), iaitu di antara Wad ICU 1 dan Unit Dialisis, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula pada Khamis, 24 Ogos 2023.
Penempatan sementara ini adalah disebabkan oleh pemasangan dua unit penghawa dingin bagi menambahkan kapasiti penyejukan di ICU 3, yang bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada para pesakit.
ICU 3 akan berpindah balik semula ke tempat asal setelah kerja-kerja pemasangan selesai dilaksanakan.
Kementerian Kesihatan ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai adalah sangat dihargai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]