FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejohanan Badminton Terbuka West Lake Labuh Tirai


 


 August 21st, 2023  |  12:37 PM  |   72 views

TUTONG

 

Seramai lebih daripada 150 peserta mengikuti kejohanan badminton yang mempertandingkan sebanyak 29 kategori pada Terbuka West Lake Kali Ke-8 2023 yang berlangsung selama empat hari bermula 17 Ogos yang lalu.

 

Sehubungan itu, perlawanan akhir bagi kejohanan berkenaan diadakan petang tadi bertempat di Dewan Badminton Chung Hwa School Kiudang, Tutong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada perlawanan akhir berkenaan ialah Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.

 

Atur cara dimulakan dengan tetamu kehormat diperkenalkan kepada para peserta kejohanan berkenaan, diikuti dengan sesi bergambar ramai, sebelum kejohanan akhir dimulakan.

 

Desmond Anthony Samin muncul juara Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka, diikuti dengan Vielson Dean Jumbol dan Mohamad Iqbal Asyraf bin Mohamad yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

 

Manakala, bagi Kategori Beregu Lelaki Terbuka pula, Eddrall Atek dan Neville Baptist Luaran menduduki tempat pertama yang diikuti oleh Kam Sing Siong dan Chen Kai Hoong di tempat kedua, sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohamad Iqbal Asyraf bin Mohamad dan Pengiran Abdul Halim Al Hakim bin Pengiran Haji Ismail.

 

Kategori Beregu Campuran Terbuka pula dijuarai oleh Adrina Anscelly dan Eddrall Atek, yang mana tempat kedua dimenangi oleh Desmond Anthony Samin dan Petricia Eleng Samin, manakala Arena Satu Samin dan Muhammad Dzakwan Saifullah Sia di tempat ketiga.

 

Juara bagi Kategori Perseorangan Wanita Terbuka pula disandang oleh Arena Satu Samin, yang mana tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Siti Nurhayati binti Mohd. Jefri dan Istchi Meij Reciproco Borro.

 

Sementara, Kategori Beregu Wanita Terbuka pula dijuarai oleh Adrina Anscelly dan Petricia Eleng Samin, manakala naib juara pula dimenangi oleh Chieng Mei Ling dan Katrina Aguirre Robertson, diikuti dengan Leong Mei Fong dan Izzah Nazurah binti Abdul Rahman di tempat ketiga.

 

Kejohanan antara lain diadakan untuk memberikan impak positif kepada masyarakat melalui sukan badminton, selain untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada semua pemain badminton tanpa mengira umur dan jantina.

 

Ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain-pemain badminton, serta untuk mewujudkan sistem yang mampan dalam kesinambungan penganjuran pada masa akan datang.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04