FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penangkapan Buaya Secara Proaktif Dipertingkatkan


 


 August 20th, 2023  |  12:38 PM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Tangkap Buaya Bersama (PTBB) merupakan program berunsurkan penglibatan masyarakat atau 'community engagement' yang melibatkan operasi penangkapan buaya secara proaktif dengan kerjasama antara Pasukan Bertindak, Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan dan penduduk Kampong Ayer melalui penyelarasan ketua-ketua zon, mukim dan kampung.

 

 Ia dengan menggunakan kaedah pemasangan jail berpandukan kepada lokasi-lokasi yang sering ada kenampakan keberadaan buaya serta aduan dengan bantuan penduduk kampung setempat bagi memantau jail yang dipasang.

 

 Pelaksanaan program tersebut diadakan pagi tadi di Kampung Tamoi Ujung, Mukim Tamoi, Zon 1 Kampong Ayer, Daerah Brunei dan Muara (DBM).

 

 Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pemasangan jail PTBB ialah Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

 

 Turut hadir bagi menyaksikan pelaksanaan program berkenaan, Pengarah Perhutanan, Noralinda binti Haji Ibrahim; wakil Jabatan DBM, Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Zon 1 dan Zon 2; serta pegawai-pegawai kanan kerajaan, kakitangan dari Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan dan juga para penduduk kampung.

 

Program itu dikendalikan oleh Pasukan Bertindak, Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Zon 1 dan Zon 2, yang diketuai oleh Penghulunya, Awang Raimi bin Awang Rashid dan Majlis Perundingan Kampung Tamoi yang diketuai oleh Awang Haji Tarif bin Haji Asgar.

 

 Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan Doa Selamat diikuti dengan taklimat ringkas.

 

 Acara kemudian diteruskan dengan penunjuk cara bagi pemasangan dan penyelenggaraan jail oleh Pasukan Bertindak, Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan.

 

 KSSUP melalui Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan menubuhkan Pasukan Bertindak sejak tahun 2018 sebagai inisiatif bagi menangani isu konflik manusia dan buaya khususnya bagi keseluruhan Negara Brunei Darussalam. Ia bertujuan untuk menangani isu pencerobohan buaya di perairan negara ini.

 

 Langkah dan inisiatif lain yang telah dan sedang giat dilaksanakan termasuk pemasangan papan tanda amaran keberadaan buaya, sesi taklimat jerayawara, dialog dan pembarigaan maklumat melalui poster.

 

 Sebagai langkah ke hadapan, kaedah pembarigaan maklumat tentang konflik manusia dan buaya akan disalurkan melalui platform media massa dan media sosial.

 

Dalam mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan inisiatif pengawalan konflik manusia dan buaya di negara ini, KSSUP melalui Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan juga telah memperkenalkan PTBB sejak bulan Februari 2023 dengan tujuan untuk menjaga keselamatan penduduk yang tinggal di Kampong Ayer.

 

 JPH ingin menyarankan kepada penduduk kampung dan orang awam untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran, mematuhi papan tanda amaran keberadaan buaya yang telah dipasang oleh JPH, di samping memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan PTBB demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan bersama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15