FacebookInstagramTwitterContact

 

'Majlis Jiwa Murni'           >>           Prize Presentation           >>           Lopez Double Move Barca Closer To Top Two Finish With Win Over Almeria           >>           Chelsea To Land £5m Bonus From Hazard's Madrid Move – Source           >>           Robin Van Persie Lands First Head Coach Role With Heerenveen           >>           Sergio Agüero Record Broken By 14-Year-Old In Argentina           >>           China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market           >>           Severn Trent Boss Defends Multi-Million Pay Packet           >>           Sir Paul Mccartney First UK Billionaire Musician           >>           Reddit Shares Jump After Openai Chatgpt Deal           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Perak Sekolah Arab Temburong


 


 August 20th, 2023  |  12:26 PM  |   121 views

TEMBURONG

 

Bagi menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, Sekolah Arab Temburong pagi tadi mengadakan majlis kesyukuran sempena Sambutan Jubli Perak penubuhan sekolah berkenaan yang telah memasuki usianya 25 tahun.

 

Hadir selaku tetamu kehormat Majlis ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh selaku wakil peribadi Setiausaha Tetap KHEU.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Awang Shokrati bin Haji Bahrun, disusuli dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Setelah itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Arab Temburong, Awang Morsidi bin Haji Awang Tuah, diikuti dengan ucapan khas daripada tetamu kehormat majlis.

 

Tetamu kehormat seterusnya melancarkan Buku Kenangan Zikrayat, Majalah El-Joumana dan buku Surah Yaa Siin, yang kemudian berkesudian untuk menyampaikan buku-buku tersebut kepada para Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Arab, serta mantan-mantan Guru Besar sekolah berkenaan.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan Lagu Rasmi Sekolah serta persembahan menambang syair oleh dua  alumni Sekolah Arab Temburong, iaitu Dayang Rubiah binti Haji Timbang dan Dayang Munirah binti Haji Mohammad Zaini.

 

Pada majlis itu, tetamu kehormat dibawa beredar untuk menyaksikan pameran mini Menyelusuri Perjalanan 25 Tahun Sekolah Arab Temburong.

 

Majlis Sambutan Jubli Perak Penubuhan Sekolah Arab Temburong diadakan bertujuan untuk menghargai jasa para tenaga pengajar yang pernah berkhidmat di sekolah tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara alumni, warga sekolah dan para jemputan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55