FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tidak Ada Jangkitan Rabies Di NBD


 


 August 19th, 2023  |  07:23 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Merujuk Siaran Akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Sarawak, Malaysia pada 15 Ogos 2023 yang mengesahkan bahawa Marudi, Miri telah dikenal pasti sebagai salah satu kawasan yang dijangkiti penyakit Rabies setelah seekor anjing liar disahkan positif Rabies pada 2 Ogos 2023.

 

Sebanyak 73 kawasan di negeri tersebut kini telah dijangkiti penyakit Rabies.

 

Rabies ialah sejenis penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus yang berlaku dalam kalangan haiwan seperti anjing dan kucing. Penyakit ini boleh merebak daripada haiwan yang dijangkiti kepada manusia melalui luka gigitan haiwan atau luka terbuka pada kulit manusia yang terkena air liur atau cairan tubuh haiwan.

 

Lazimnya, manusia yang dijangkiti hanya akan menunjukkan tanda-tanda penyakit Rabies di antara 20 hari ke tiga bulan selepas gigitan haiwan dengan tanda-tanda seperti demam, sakit badan dan kepala, sensitif kepada air, lumpuh dan koma.

 

Gejala awal penyakit Rabies pada haiwan termasuk perubahan tingkah laku secara tiba-tiba seperti resah dan gelisah, agresif atau sebaliknya lemah dan tidak bermaya. Apabila penyakit semakin merebak, haiwan boleh mengeluarkan air liur yang berlebihan serta bersikap sensitif kepada cahaya dan bunyi, kelumpuhan anggota badan dan juga boleh membawa kepada kematian.

 

Sehubungan ini, Jawatankuasa Pasukan Bertindak bagi Menangani Penyakit Zoonotik terdiri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam (NBD) ingin memaklumkan bahawa setakat ini, Alhamdulillah, tidak ada kes jangkitan Rabies dalam kalangan manusia ataupun haiwan telah direkodkan di NBD.

 

Pada masa ini pengimportan dan lintas sempadan (transit) haiwan peliharaan daripada negara-negara jiran yang merekodkan kes-kes jangkitan Rabies adalah tidak dibenarkan. Ini adalah sebagai langkah pencegahan dan kawalan pergerakkan haiwan bagi mengurangkan risiko kemasukan penyakit Rabies ke NBD.

 

Orang ramai yang mempunyai anjing dan kucing peliharaan adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan ke atas haiwan peliharaan dari dijangkiti oleh penyakit Rabies dengan melaksanakan perkara-perkara seperti yang disarankan.

 

Orang ramai hendaklah membawa haiwan peliharaan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Rabies di klinik haiwan berdekatan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan tersebut. Jika terdapat gejala atau tanda-tanda yang disyaki dalam haiwan peliharaan, pemilik haiwan adalah disarankan untuk berhubung terus dengan klinik haiwan terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut serta khidmat nasihat daripada seorang doktor veterinary.

 

Orang ramai juga disarankan untuk mendapatkan atau membeli haiwan peliharaan daripada tempat dan sumber yang dipercayai sahaja, lengkap dengan suntikan vaksinasi Rabies sebelum memiliki haiwan tersebut, serta mengelakkan daripada penyeludupan haiwan peliharaan dari negeri-negeri jiran.

 

Walau bagaimanapun, jika terjadi sebarang insiden gigitan haiwan peliharaan atau yang tidak bertuan (stray animals), pihak Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah awal bagi mengurangkan risiko jangkitan Rabies.

 

Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur; dapatkan rawatan luka dengan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar dan patuhi arahan doktor sekiranya diperlukan suntikan vaksin anti-Rabies mengikut jadual suntikan yang diberi.

 

Untuk mengurangkan risiko digigit, disarankan untuk tidak mendekati haiwan liar atau binatang agresif serta sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

 

Pihak Kementerian Kesihatan juga menyarankan individu yang berisiko tinggi seperti pengendali anjing dan kucing, doktor haiwan dan kakitangan makmal haiwan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi bagi mencegah jangkitan Rabies dalam kalangan manusia.

 

Pemilik anjing yang berdaftar juga dinasihatkan untuk tidak membiarkan anjing-anjing peliharaan mereka dilepaskan dengan tidak dipantau dan berada di tempat awam.

 

Di bawah Akta Anjing Penggal 60, pemilik atau penjaga anjing juga adalah dimestikan untuk mendaftarkan anjing-anjing peliharaan dan seterusnya untuk mendapatkan lesen dan lencana anjing mereka di Jabatan-Jabatan Bandaran.

 

Jika pemilik atau penjaga anjing gagal untuk mendaftarkan atau mendapatkan lesen dan lencana, tindakan undang-undang akan diambil dan jika sabit kesalahan akan di denda sebanyak BND250 atau jika gagal membayar denda, penjara selama 14 hari, dan jika sabitan yang kedua atau berikutnya, denda sebanyak BND500 atau jika gagal membayar denda penjara selama satu bulan.

 

Jawatankuasa Pasukan Bertindak bagi Menangani Penyakit Zoonotik akan terus memantau situasi ini dan memaklumkan apa jua perkembangan mengenainya kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran anjing peliharaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan menerusi talian +673 2232430 sambungan 303; Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria menerusi talian +673 3347495; dan Jabatan Bandaran Tutong menerusi talian +673 4221009 / +673 8282965.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15