FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


48 Peserta Musabaqah Mara ke Peringkat Separuh Akhir


HADIR selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohd. Sharizal Haji Said)

 


 October 28th, 2016  |  09:52 AM  |   859 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 27 Oktober. - Seramai 35 qari dan 13 qariah diumumkan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa pada tahun ini.

 

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, selaku Pengerusi Jemaah Hakim pada Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa yang berlangsung di Masjid Kampung Belimbing Subok, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta musabaqah berkenaan.

 

Terdahulu, Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Awang Haji Idris bin Haji Ali yang juga selaku Pengerusi Bersama Majlis dalam ucapan alu-aluannya berkata, jumlah penyertaan di peringkat suku akhir itu menunjukkan satu peningkatan berbanding tahun lepas, di samping kemunculan bakat-bakat baru di peringkat suku akhir tersebut.

 

Awang Haji Idris juga menjelaskan musabaqah ini telah berusia 57 tahun telah mencatatkan banyak penampilan peserta baru di setiap tahun, pada peringkat umur peserta yang mengikuti musabaqah ini dapat dilihat yang mana peserta terbuka berusia 18 tahun hingga 65 tahun.

 

271016 RIZAL1 PENGUMUMAN

KETUA Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Awang Haji Idris bin Haji Ali  menyampaikan alu-aluannya.

 

Peringkat suku akhir musabaqah tahun ini menunjukkan daripada seramai 91 orang peserta iaitu 48 daripadanya adalah peserta dari peringkat Zon/Daerah yang telah melayakkan diri ke peringkat itu, sementara 48 orang peserta adalah terdiri daripada peserta menunggu iaitu peserta dari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan pada tahun lepas. Daripada jumlah berkenaan, seramai 68 merupakan peserta qari dan 23 pula peserta qariah.

 

Para hakim pertandingan yang bermula Isnin lalu itu, telah menilai dari sudut Tajwid, Lagu Fasahah dan Suara.

 

Dalam ulasan yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Hakim turut menasihatkan para peserta yang layak ke peringkat separuh akhir itu supaya bersedia dengan memperbanyakkan latihan, memperbaiki kelemahan khususnya dari segi pengawalan dan ketahanan suara, kemahiran lagu Tarannum serta memantapkan ilmu Tajwid dan Fasahah.

 

Latihan yang berterusan akan menambah keyakinan para peserta untuk terus maju ke hadapan sehingga dapat mempersembahkan mutu bacaan yang terbaik.

 

Turut hadir Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai kanan dan peserta-peserta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17