FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pertahanan, ABDB Sertai LIMA ’23 Ke-16


 


 May 24th, 2023  |  08:01 AM  |   269 views

LANGKAWI

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof telah mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) Ke-16 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2023 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi, Malaysia.

 

Pada acara berasingan LIMA '23, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II juga mengadakan perjumpaan dua hala bersama Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

 

Semasa perjumpaan tersebut, Yang Berhormat berpeluang untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan perlaksanaan LIMA '23 Ke-16 pada tahun ini.

 

Kedua-dua pihak juga menekankan hubungan pertahanan yang kukuh antara NBD dan Malaysia dan seterusnya berkongsi pelbagai isu strategik kepentingan bersama, termasuk situasi semasa keselamatan serantau dan global.

 

Pada tahun ini, KDB Darulehsan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan kapal-kapal tentera antarabangsa iaitu kapal-kapal daripada Indonesia, Singapore, Viet Nam, China, Amerika Syarikat, India, Pakistan, South Korea, Italy dan Negara Jepun telah berpeluang untuk menyertai Fleet Review LIMA '23 di Resort World Langkawi.

 

Fleet Review LIMA '23 Ke-16 ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

 

Penyertaan TLDB dalam Fleet Review LIMA '23 ini menandakan hubungan pertahanan yang terjalin lama dan kukuh antara kedua-dua Tentera Laut NBD dan Malaysia.

 

LIMA '23 siri yang Ke-16 ini merupakan pameran dwitahunan sebagai The Nexus of Maritime and Aerospace Trade yang menggabungkan industri aeroangkasa dan maritim merupakan salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia-Pasifik.

 

Pameran pertahanan antarabangsa yang berprestij ini telah dihoskan oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dianjurkan oleh Syarikat Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd., dengan sokongan dan kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MDIC).

 

Pameran LIMA '23 Ke-16 pada tahun ini telah melibatkan deligasi-deligasi Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pegawai Kanan dari 60 negara.

 

Pamaren LIMA '23 ini telah menarik perhatian lebih 600 pelawat perdagangan daripada 30 syarikat di rantau dan antarabangsa dari sektor pertahanan keselamatan dan komersial yang terdiri daripada Sektor Industri Maritim dan Aeroangkasa dan melibatkan astaka antarabangsa dari Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Perancis, United Arab Emirates, Indonesia, Thailand, Itali, Türkiye, Brazil, Jerman, Singapura, Korea Selatan, Pakistan, India, Bangladesh, Arab Saudi, Belgium, Republik Czech dan lain-lain.

 

Kehadiran pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke pameran ini merupakan salah satu platform yang ideal bagi mempertingkatkan lagi penglibatan dan pendedahan industri dalam teknologi dan sistem pertahanan yang bertujuan untuk merealisasikan pembangunan keupayaan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Turut serta, Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim serta Pegawai-pegawai Kanan ABDB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07