FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teroka Semula Kemajuan Komanwel Dalam Agenda UHC


 


 May 24th, 2023  |  07:59 AM  |   200 views

SWITZERLAND

 

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel ke 35 (35th Commonwealth Health Ministers Meeting) telah diadakan pada 20 Mei 2023 di Geneva, Switzerland.

 

Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohamad Isham bin Haji Jaafar.

 

Turut hadir, Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland, Puan Yang Terutama, Dk Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee dan Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Dr Awang Ang Swee Hui.

 

Mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Kesihatan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari negara-negara ahli Komanwel ini telah membincangkan mengenai kerjasama Komanwel dalam memantapkan tindakan-tindakan dalam mencapai liputan kesihatan sejagat (Universal Health Coverage, UHC) yang menjadi tema Mesyuarat tahun ini iaitu “Getting Universal Health Coverage in the Commonwealth on Track for 2030".

 

Mesyuarat memberikan fokus kepada meneroka peluang untuk mengkaji semula kemajuan Komanwel dalam agenda UHC serta perkongsian cabaran-cabaran dan keutamaan negara-negara Komanwel mengenai isu yang berkaitan dengan UHC, termasuk peranan penjagaan kesihatan asasi ke arah mencapai UHC dan usaha di dalam mengukuhkan kesiapsiagaan menangani pandemik.

 

Semasa sesi plenari, di dalam agenda mengenai 'Penjagaan kesihatan asasi sebagai pemacu utama untuk mencapai liputan kesihatan sejagat (UHC)', Negara Brunei Darussalam mengutamakan UHC sebagai tunjang dasar di dalam perancangan dan pelaksanaan rangka kerja sistem penjagaan kesihatan kebangsaan, untuk pemberian penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan komprehensif yang berkesan, cekap, responsif, berpatutan, saksama dan boleh diakses oleh semua.

 

Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran yang perlu diatasi termasuk sumber tenaga kerja manusia yang mencukupi, penuaan penduduk, peningkatan kos penjagaan kesihatan dan peningkatan bebanan disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit.

 

Seterusnya, di bawah sesi plenari mengenai agenda “Usaha memperkukuhkan pencegahan, kesiapsiagaan dan respons kepada pandemik dengan melabur dalam pengilangan produk dan teknologi kesihatan tempatan yang saksama", pandemik COVID-19 telah menunjukkan kepentingan sistem kesihatan yang kukuh dan berdaya tahan yang mana hanya boleh dicapai dengan akses yang saksama dan tepat pada masanya.

 

Bagi negara kecil seperti Negara Brunei Darussalam yang mempunyai kapasiti yang terhad, adalah penting untuk tidak terlalu bergantung kepada rantaian bekalan global untuk akses kepada keperluan tindak balas perubatan.

 

Sehubungan dengan itu, Negara Brunei Darussalam telahpun mencadangkan untuk memasukkan beberapa perkara di dalam konvensyen pandemik yang sedang dirangka, antara lainnya untuk mewujudkan mekanisme pelbagai hala yang kekal untuk memastikan tindak balas yang efektif dan saksama di dalam respon global kepada pandemik dengan perlunya kerjasama yang lebih erat di antara negara di dalam ketelusan dan pertukaran maklumat dan harga pengilangan.

 

Selain daripada itu, pemindahan teknologi dan peningkatan pengetahuan mestilah menjadi norma dalam fasa pandemik dan tindak balas, melalui pembiayaan untuk kajian dan insentif-insentif untuk peningkatan pengetahuan dan pemindahan teknologi.

 

Mesyuarat tersebut berakhir dengan kesepakatan meluluskan Kenyataan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel ke 35 yang antara lain menekankan penyepaduan dan mengintegrasi penjagaan kesihatan asasi, kesihatan mental dan teknologi penjagaan kesihatan digital sebagai pemacu utama untuk mencapai UHC termasuk memanfaatkan strategi dan penyelesaian inovatif, menangani cabaran kekurangan sumber tenaga kerja manusia dan keperluan untuk menangani isu peningkatan beban kesihatan mental.

 

Selain itu, mempertingkatkan dan memperkukuhkan usaha tindakan, kesiapsiagaan dan pencegahan pandemik, dan menyokong usaha untuk mengukuhkan seni bina kesihatan global, termasuk melalui rundingan instrumen antarabangsa baharu dan pindaan kepada peraturan kesihatan antarabangsa (International Health Regulations), meningkatkan pelaburan dan kolaborasi kapasiti pengilangan tempatan dan serantau yang berdaya tahan untuk menangani pandemik masa hadapan serta mempromosikan penyelidikan dan pembangunan; bertekad untuk mencapai mandat dan komitmen Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) dengan memberikan keutamaan dan pelaburan termasuk mempercepatkan kemajuan dalam menghapuskan penyakit 'neglected tropical diseases', penekanan kepentingan untuk mengukuhkan penjagaan kesihatan asasi untuk memastikan akses yang saksama kepada perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan yang berkualiti untuk kanser serviks, mengalu-alukan tumpuan baharu Komanwel untuk menggalakkan penyelarasan pelbagai sektor untuk menangani kekurangan zat makanan, penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit mental, kepentingan aktiviti fizikal, sukan dan pemakanan dan memperakui kepentingan pendekatan multisektoral dan pelbagai disiplin untuk mengatasi jurang dan memajukan penyelarasan untuk mencapai UHC menjelang 2030.

 

Semasa di Geneva, Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah mengadakan kunjungan muhibah bersama Sekretariat Agung Komanwel, Puan Yang Terutama Patricia Scotland untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kesihatan yang berkepentingan di kalangan negara Komanwel.

 

Negara Brunei Darussalam juga telahpun diberikan penghormatan untuk mempengerusikan Commonwealth Advisory Committee on Health (CACH), iaitu komiti yang memberikan nasihat dan panduan kepada menteri-menteri kesihatan Komanwel dan Sekretariat Komanwel mengenai isu-isu kesihatan awam yang berkepentingan, untuk terma 2023 sehingga 2024.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07